Hans Isaac Tegur Shahrol Shiro; Jangan Samakan ‘Lawak’ Dengan ‘Politik’

Hans Isaac Tegur Shahrol Shiro; Jangan Samakan ‘Lawak’ Dengan ‘Politik’

Tular di media sosial milik pengarah dan juga aktor terkenal tanah air Hans Isaac, yang berkongsi sebuah video menarik yang berkait dengan matematik dan politik di Instagramnya semalam.

Hans Isaac Tegur Shahrol Shiro; Jangan Samakan ‘Lawak’ Dengan ‘Politik’



Video yang dikongsikan tersebut mendapat perhatian wargamaya dan juga selebriti tempatan seperti pelawak Shahrol Shiro.

ARTIKEL MENARIK:“Kalau Antivaksin Sekalipun, Bukanlah Sampai Tahap Jatuh Talak”- Fizo Omar


Matematik Dan Politik

Kandungan video berdurasi 2 minit 19 saat itu sangat menarik, di mana pemilihan menteri kabinet ditemuduga dan disoal dengan soalan matematik.

Ahli politik yang berjaya memberi jawapan yang memuaskan kepada Presiden, akan dilantik sebagai menteri kabinet yang baru.

“Katanya dalam politik, matematiknya juga lain. Saya diberitahu teman dari Indonesia bahawa satu ketika di Indonesia.

Entah zaman Presiden mana saya tidak pasti, setiap kali nak membentuk kabinet dia mengadakan temuduga. Temuduga bakal menteri.

Setiap menteri ditemuduga dulu, calon-calonnya dipanggil ditanya. Soalannya mudah, “2 x 2 = berapa?”

Ada yang menjawab tegas, ” Waahhh, gampang… Itu aja enggak tau? Yang jelas EMPAT”.

Jadi Presiden tanya, “Nggak bisa lima?”.

“Yaa nggak bisa. Ilmu pasti mana bisa di tawar-tawar”.

Jadi Presiden kata, “Yaa udah, kalau begitu pulang aja”.

Calon kedua masuk. Soalannya sama “2 x 2 = berapa?”. Dia jawab, “Kalau menurut hitungan matematik, iyaa EMPAT”.

Presiden: “Apa ada hitungan lain?”.

Calon kedua: “Yaa ada! Misalnya hitungan politik”

Presiden: “Kalau hitungan politik, 2 x 2 = berapa?”

Calon kedua: “Hitungan politik, 2 x 2 bisa empat, bisa lima, bisa tiga, pokoknya BISA DI ATUR LAH!”

Itu matematik politik. Calon ketiga masuk, wahh ini lain lagi. Soalannya sama “2 x 2 = berapa?”

Calon ketiga: “Yaaa terserah bapak, bapak maunya berapa?”

Yang ketiga itu yang dapat jadi menteri”

‘Sebagai Pemimpin Memerlukan Barisan Yang Dia Rasa Layak’ – Shahrol Shiro



Loading...




Melihat video yang dikongsikan oleh pelakon tersebut membuatkan pelawak tanah air ini memberi pandangannya yang tersendiri mengenai politik.

“Sebagai pemimpin memerlukan barisan yang dia rasa layak dan senang bekerja bersama untuk menjayakan sesebuah agenda.

Contoh jika abang @hansisaac jadi pemimpin dan diberi pilihan antara saya atau @afdlinshaukiofficial yang abang akan masukkan dalam barisan abang.

Siapa yang abang akan pilih??? Dah tentu kita tahu jawapannya sebab abang yakin dan senang bekerja bersama beliau. Saya yakin pasti saya pilihan terakhir abang, buktinya dalam realiti abang senaraikan saya dalam “Lawak Ke Der 3”.

Kenapa tak pertama, ini contoh yer bang mohon jangan kecam saya atas pendapat ini kerana hati saya mudah fragile”

Melihat pandangan yang diberikan itu, Hans Isaac menyatakan dirinya memahami ulasan tersebut tetapi menegur Shahrol supaya tidak menyamakan lawak dan politik kerana ianya berbeza.

“Saya faham ulasan bro dan hormati. Mungkin kurang Ariff tapi… Lawak dan politik lain saudara. Juga harap bro tak terasa sebab video saya post ni untuk semua ahli politik dari semua parti.”

‘Tidak Memberi Jawatan Pada Yes Man’ – Hans Isaac


Dalam masa yang sama Hans juga membalas dengan menerangkan kunci penting dalam video yang dikongsikannya itu adalah, untuk tidak memberi jawatan kepada ahli politik yang hanya tahu menuruti keinginan pemimpin kerana itu bukan praktik yang betul.

“Point video tersebut hanya adalah untuk tidak memberi jawatan pada YES man bro.. Dan ini harus dilakukan dalam semua industri.. Bukan hanya politik bro.. Seven at ya..

Saya tak suka balas di ruang media sosial bersama kawan bro. Harap kita boleh jumpa Teh Tarik dan bincang dan faham pendapat masing-masing bro. Lama pun tak jumpa bro.”

Berikutan jawapan balas yang diberikan Hans itu, pelawak Shahrol juga memberi jawapan balas semula dengan menyatakan bahawa dirinya juga tidak menujukan pada mana-mana parti.

Dan menjelaskan bahawa apabila pemimpin membuat keputusan, ianya tiada yang salah mahupun betul dan memerlukan rakyat untuk membentuk politik yang baru.

“Its okay sebab saya pun tak tuju pada mana-mana parti. Tiada yang betul atau salah apabila pemimpin membuat keputusan.

Bersama kita wujudkan sebuah landskap baru politk Malaysia. Lama juga tak jumpa abang @hansisaac. Nanti kita jumpa ngeteh dan nyembang bila keadaan dah reda. Semua yang terbaik untuk kamu juga bang.”

Menarik jugakan matematik dalam politk, apa pendapat kamu?


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post