Tular di media sosial milik Fizo Omar yang memuatnaik foto perbualan seorang wanita di Instagramnya, di mana kandungan perbualan tersebut menyentuh mengenai vaksin dan perceraian.
Suami Larang Isteri Ambil Vaksin, Jatuh Talak Kalau Ambil
ARTIKEL MENARIK:“Ada Yang Men0njol, Tapi Bvkan B4kat” -Janna Nick T4yang G4mbar ‘Pan4s’ Lagi, Kali Ni Peminat Terus Mengvcap
Berdasarkan kandungan mesej yang dikongsikan di akaun Instagram Fizo itu, menunjukan bahawa wanita tersebut telah mengambil vaksin dan berbual dengan suaminya mengenai vaksin.
Dalam mesej berkenaan wanita tersebut tidak menyangka suaminya tidak memberi keizinan untuk mengambil vaksin, jika ambil juga akan jatuh talak.
Foto – Instagram @fizoomar
“Salam cik puan. Saya nak tanya sesuatu boleh?
Saya ada mengambil suntikan vaksin dos pertama secara senyap kerana suami tak nak (kebetulan kami tengah pjj. saya ambil pada selasa lepas.
Hari ni ketika berborak dengan suami pasal vaksin, beliau berkata jangan ambil vaksin, kalau ambil juga jatuh talak. Adakah ia di kira sudah jatuh talak?”
Fizo Omar Kesal Kaum Suami Salah Guna Kuasa
Melihat kandungan perbualan mesej tersebut membuatkan Fizo Omar meluahkan rasa kesal kerana terdapat kaum suami yang menyalahgunakan kuasa terhadap perkara sebegini.
“Kalau betullah wujudnya si suami macam ni kan..
Abe Joe tak boleh sentuh pasal hukum ni tapi sebagai lelaki, awak salah guna kuasa sebagai seorang suami tu bro. Kot yea awak #antivaksin sekalipun, bukanlah sampai tahap jatuh talak bro.”
Selain itu, Fizo Omar juga menyatakan pengambilan vaksin bukan paksaan dan ianya adalah hak individu itu sendiri.
“Pasal vaksin ni memang bukan paksaan dan hak individu tu sendiri, tapi saya pernah tanyakan pada ustaz dan jabatan agama.
Sekiranya kita tak ambil dan keputusan kita itu boleh membahayakan dan memudaratkan orang lain, hukumnya HARAM di sisi agama kita. Itu apa yang saya diberitahulah”
Jika situasi seperti yang dikongsikan oleh Fizo Omar ini benar, ianya adalah perbuatan yang tidak wajar dan sang suami juga kelihatan tidak matang.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment