Apa Kerajaan Bagi Nak Hadap ‘Lockdown’? Ini 5 Bantuan Yang Dah Ditambahbaik Korang Kena Tahu

Apa Kerajaan Bagi Nak Hadap ‘Lockdown’? Ini 5 Bantuan Yang Dah Ditambahbaik Korang Kena Tahu

Bila baca komen-komen kat media sosial ni, ramai jugak yang marah bila Perdana Menteri umumkan penutupan penuh sektor ekonomi baru-baru ni kan. Sebelum kita marah-marah tu kita tengok dulu kenapa perlu sekatan penuh sektor ekonomi ni.

Apa Kerajaan Bagi Nak Hadap ‘Lockdown’? Ini 5 Bantuan Yang Dah Ditambahbaik Korang Kena Tahu



Kes harian dah melebihi angka 9,000 kes pada 29 Mei 2020. Lepastu penggunaan katil ICU dah mencapai sehingga 25 peratus. Lagipun, varian-varian baharu makin mengganas dan kes aktif Covid-19 melebihi 78,000 kes.

ARTIKEL MENARIK:Suspek Kes Bunuh Bayi Perempuan Meninggal Dunia


Baru-baru ini juga, pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kerajaan melanjutkan Penutupan Sektor Penuh Fasa 1 berikutan kes harian Covid-19 masih lagi belum reda.

PEMULIH

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Antara bantuan dan pelaksanaan yang dimumkan adalah memperkenalkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan muladibayar secara berperingkat dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta penerima merangkumi 8.4 juta penerima B40 dan 3.0 juta penerima M40.

Kategori Miskin B40 Isi rumah akan menerima RM1,300 bermula bulan Ogos 2021 (RM500), November 2021 (RM500) dan Disember 2021 (RM300). Manakala kategori Miskin B40 Warga Emas Sebatang Kara dan Bujang pula akan menerima RM500 bermula Ogos 2021 (RM200) dan November 2021 (RM300). Kerajaan akan mengikut data penerima BPR daripada e-Kasih dan bantuan JKM.

Bagi kategori B40 pula, penerima Isi rumah akan menerima bayaran terus sebanyak RM800 yang akan dibayar bermula Ogos 2021 (RM500) dan Disember 2021 (RM300). Manakala, bagi Warga Emas Sebatang Kara dan Bujang pula akan menerima RM200 pada bulan Ogos 2021. Data akan dirujuk berdasarkan Penerima BPR.

Seterusnya, kategori M40 pula bagi penerima Isi Rumah akan menerima RM250 pada bulan Ogos 2021. Manakala, Warga Emas Sebatang Kara dan Bujang akan menerima RM100 pada bulan yang sama. Data akan dirujuk melalui LHDN.


Moratorium Sehingga 6 Bulan

Pakej Moratorium juga telah ditambah baik berbanding Pakej PEMERKASA+ sebelum ini. Semua peminjam yang memohon akan diberi kelulusan automatik dan tiada faedah terkompaun serta tiada caj penalti akan dikenakan kepada semua peminjam yang memohon.

Kategori yang boleh memohon adalah kategori B40, M40 dan T20. Selain itu, perusahaan mikro dan PKS yang terjejas juga boleh membuat permohonan. Tiada syarat atau semakan atas pengurangan pendapatan atau kehilangan pekerjaan dan tiada dokumentasi diperlukan untuk memohon.



Loading...


Bermula 7 Julai 2021, peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjamanyang berkaitan (jika perlu). Nilai pakej moratorium ini mencecah RM80 bilion.


KWSP i-Citra

Selepas i-Lestari dan i-Sinar, Pakej PEMULIH memperkenalkan satu lagi kemudahan untuk pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka di KWSP yang dikenali sebagai i-Citra.

i-Citra akan mengoptimumkan simpanan dari akaun 2 dan seterusnya akaun 1 untuk menghadapi krisis Coovid-19 ini. Ini bermakna KWSP membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 diikuti Akaun 1, tertakluk kepada kelayakan maksimum dan baki simpanan.

Untuk program i-Citra ini, ahli boleh mengeluarkan wang sehingga RM5,000 secara keseluruhan dan maksimum RM1,000 sahaja untuk setiap bulan bermula Ogos 2021 sehingga Disember 2021. Permohonan akan dibuka pada bulan Julai 2021. Dari 12.6 juta ahli berumur 55 ke bawah, 12.4 juta layak memohon bersamaan 98 peratus.

 


 

PEMERKASA+

Bantuan dari RM350 ke RM500 untuk pesakit kronik

Ramai yang marah tu pun bersebab jugak, ramai yang dah hilang pekerjaan, pendapatan terjejas dan perniagaan kecil banyak mengalami kerugian. Tapi korang tahu tak yang kerajaan dah melancarkan PEMERKASA+ iaitu kesinambungan pakej-pakej bantuan dan ransangan ekonomi yang sebelum ni. Banyak bantuan-bantuan yang telah ditambah jumlahnya seperti Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dari RM350 meningkat kepada RM500, Elaun Orang Kelainan Upaya (OKU) juga meningkat dari RM250 kepada RM300 dan Elaun OKU bekerja juga dinaikkan dari RM400 kepada RM450.  Bayaran ini masih berterusan malah ditambah baik. Peruntukan tambahan ini berjumlah RM741.5 juta.


 

BPR tambahan sehingga RM500 dikreditkan hujung bulan Jun

Kerajaan juga tak lupa untuk tambah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam usaha meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19. PM mengumumkan penerima BPR akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan RM2.500 ke bawah. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300. Golongan bujang pula akan menerima RM100.

BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun dan bayaran ini adalah tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak RM2.4 bilion.

Kalau korang nak tau, bantuan-bantuan yang dalam pakej PEMERKASA+ ni dah merangkumi tempoh fasa 1 Pelan Pemulihan Negara yang baru dilancarkan. Pelan ni ada 4 fasa bagi membolehkan negara bebas dari Covid-19 ni. Peralihan fasa PPN adalah berpandukan kepada purata kes harian baharu, tahap penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratus populasi yang divaksinasi sepenuhnya. Dengan PPN ni membolehkan rakyat, perniagaan dan pelabur membuat perancangan sewajarnya apabila Malaysia beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.


Kredit - Siakap Keli.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post