Tak Susah Pun! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I-Citra KWSP- PEMULIH

Tak Susah Pun! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I-Citra KWSP- PEMULIH

Kerajaan telah mengumumkan berita baik buat semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkenaan pengeluaran I-Citra sebagai penggantian I-Sinar dan I-Lestari yang terdahulu.

Tak Susah Pun! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I-Citra KWSP- PEMULIH



Menerusi I-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP yang layak yang berumur 55 tahun ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 setiap bulan untuk tempoh 5 bulan.

ARTIKEL MENARIK:Zahid ajak keluar PN, KJ tak ada masa main politik, sibuk urus vaksin


Namun ianya tertakluk kepada jumlah simpanan ahli KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun semasa tarikh permohonan dibuat.


via BH

Pencarum KWSP yang memohon I-Citra hanya boleh mengakses akaun 1 sekiranya akaun 2 tidak mencukupi. Ahli boleh mula memohon I-Citra bermula pada 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada Ogos 2021.

Cara Mohon i-Citra

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan pengeluaran I-Citra tanpa perlu login i-Akaun.

  1. Layari portal rasmi i-Citra di icitra.kwsp.gov.my/

  2. Masukkan nombor Mykad / MyPR dan lain-lain.

  3. Pilih kod nombor telefon bimbit yang tersenarai.

  4. Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif.

  5. Tekan butang TERUSKAN.

  6. Tunggu nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi.

  7. Masukkan nombor OTP tersebut.

  8. Tekan butang SAHKAN OTP.

  9. Jawab soalan keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan.

  10. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Citra.

  11. Langkah 1 : Amaun Pilihan, amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.

    • Anda akan dapat lihat amaun kelayakan keseluruhan yang anda boleh keluarkan
    • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki.
    • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum iaitu RM5,000, tarik slider ke hujung sebelah kanan.

    12. Langkah 2 : Jadual Bayaran. Bayaran yang ditetapkan adalah maksimum RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada baki simpanan anda.



Loading...


* Anda boleh gerakkan slider yang bulat ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran untuk bulan  pertama

  • Setelah pilihan bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
  • Bayaran bulan kedua, ketiga, keempat dan kelima kemudian tekan butang teruskan.

13. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan

  • Isikan nama penuh seperti dalam kad pengenalan
  • Isikan nombor MyKad
  • Isikan nombor telefon bimbit
  • Isikan alamat email
  • Isikan alamat rumah
  • Isikan poskod
  • Isikan bandar
  • Pilih negeri

14. Teruskan cara mohon i-Citra ini dengan melengkapkan  Maklumat Pembayaran

  • Pilih bank untuk permohonan pengeluaran i-Citra online.
  • Masukkan nombor akaun bank (Simpanan/Semasa) yang dipilih tadi
  • Pastikan nombor akaun bank tersebut aktif dan tiada sebarang kesalahan
  • Tekan butang teruskan

15. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan & Pembayaran

  • Tick kotak Peralaun Terma & Syarat untuk persetujuan
  • Tick saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran online
  • Akaun keluar 16 petak gambar untuk dipilih
  • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
  • Jika tidak ada gambar, klik langkau
  • Pastikan pilihan semua selesai
  • Klik hantar

16. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih {nama penuh}. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai {tarikh yang tertera}.

17. Tekan butang CETAK & SIMPAN. Untuk simpan rekod permohonan i-Citra anda.

18. Permohonan baru pengeluaran i-Citra tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses permohonan dan dengan kemudahan pengeluaran I-Citra ini juga dapat memberi kelegaan untuk membantu bagi kelangsungan hidup rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

#kitajagakita


Kredit -Hangat.com



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post