Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, berkuat kuasa serta merta.

Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri



Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Ismail Sabri kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

ARTIKEL MENARIK:Tak Susah Pun! Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Permohonan Pengeluaran I-Citra KWSP- PEMULIH


 Menurutnya, pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

Katanya, sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.  



Loading...


 "Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

"Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

"Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin atas pelantikan ini.



Kredit - hmetro



-----------------------------------------------------------------



Post a Comment

Previous Post Next Post