“Saya Sudah Hadir Memberi Keterangan…,” – Masya Masyitah Tak Mahu Panjangkan Isu

“Saya Sudah Hadir Memberi Keterangan…,” – Masya Masyitah Tak Mahu Panjangkan Isu

Penyanyi Masya Masyitah memaklumkan sudah hadir memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu berhubung dakwaan pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah dari Kuala Lumpur menggunakan surat merentas negeri ibunya.

“Saya Sudah Hadir Memberi Keterangan…,” – Masya Masyitah Tak Mahu Panjangkan Isu



Masya, 21, berkata, pihaknya telah memberi kerjasama penuh sepanjang proses siasatan dijalankan.

ARTIKEL MENARIK:“Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” – Norish Karman Mengaku Persoal Adik Arwah Benjy


“Saya sudah hadir memberi keterangan pada hari keempat sambutan Aidilfitri lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

“Di pihak saya, tiada masalah setakat ini kerana kerana saya bukannya mencuri, menipu atau mengenali anggota berkenaan untuk dapatkan surat merentas negeri.

“Ketika itu memang dibenarkan merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi,” katanya.

Masya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single mandarin solo pertamanya berjudul Jiu Meng Xin Su secara virtual, pada Khamis.

Single berkenaan hasil ciptaan penulis lirik dan komposer muzik tempatan, Kai Kai dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.




Loading...




Sementara itu, Masya bagaimanapun tidak mahu merumitkan keadaan dan tidak mampu mengawal mulut netizen yang masih membuat spekulasi tidak berasas.

“Saya akui mungkin silap saya kerana bercerita mengenai perkara ini. Jadi saya ambil apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran.

“Fasal netizen saya tak mampu nak mengawal apa yang mereka fikir.  Saya pun sudah ambil pengajaran dan menjalankan apa yang sudah diminta, jadi sebaiknya saya tak mahu ambil tahu, saya pula yang kena nanti,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Masya Masyitah atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim, Kedah atas ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Selepas mendapat pelepasan rentas negeri yang dimohon ibunya, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.

Bagaimanapun, hal tersebut menimbulkan reaksi pelbagai warganet meski penyanyi berkenaan sudah pun memperjelaskan situasi sebenar.


Kredit -Media Hiburan.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post