“Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” – Norish Karman Mengaku Persoal Adik Arwah Benjy

“Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” – Norish Karman Mengaku Persoal Adik Arwah Benjy

Tidak berselindungan atau berdolak-dalih, pelakon Norish Karman akui dia merupakan individu yang menghantar mesej peribadi kepada adik arwah Benjy,

“Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” – Norish Karman Mengaku Persoal Adik Arwah Benjy



Inessa Irdayanty bagi mendapatkan kepastian mengenai kebajikan arwah ketika hayatnya.

ARTIKEL MENARIK:Kali ni Irwansyah pula sahkan dirinya positif covid 19. Rupanya ini yang terjadi sampai dia disahkan positif.


Norish atau nama sebenarnya Nor’ Ashikin Karman turut mengakui tulisan dan pertanyaannya itu agak kasar, namun dia berkata dia berhak untuk mengetahui bagi mendapatkan kepastian.

Saya akui beremosi dan ayat-ayat dalam mesej itu agak kasar tetapi saya percaya soalan itu logik dan bukan soalan yang tidak masuk akal… mesej itu melalui DM (mesej langsung) bukan secara umum.

Kalau dia rasa soalan saya itu mengarut dan tidak masuk akal, dia boleh abaikan saja. Tak ada siapa perlu tahu soalan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Norish berkata dia mengetahui soal kesusahan arwah Benjy ketika berada di penjara menerusi artikel di sebuah akhbar tempatan.



Loading...


Jadi apa yang terlintas di fikiran saya, adakah arwah Benjy tidak mempunyai ahli keluarga untuk memastikan kebajikan arwah terjaga?

Norish Karman

Norish turut berkata dia telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen atas sebab perkongsian yang dibuat oleh adik arwah Benjy tersebut.

Jika tidak benar, mengapa takut untuk membalas? Berani kerana benar takut kerana salah. Saya tak pasti tujuan dia menyebarkan soalan saya tersebut.

Norish bagaimanapun memohon maaf jika soalan yang ditanya olehnya itu dihantar pada masa yang tidak sesuai.

Kredit: mStar Online  via Oh! Media



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post