ALOR SETAR – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit di sini sebelum menumbuk seorang anggota polis wanita pada petang tadi maut dalam kemalangan di Bedong, Sungai Petani dekat sini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, suspek berusia lingkungan 30-an itu dipercayai terlibat dalam kejadian khianat dengan menconteng dinding tembok istana tersebut kira-kira pukul 3 petang tadi.
ARTIKEL MENARIK:Kes gaduh tepi jalan: Tujuh ditahan, lima positif dadah
“Suspek terus melarikan diri selepas kejadian dan siasatan mendapati suspek menconteng bahagian tembok dinding tembok itu dengan tulisan ‘SAMR’.
Keadaan motosikal suspek selepas terlibat kemalangan setelah dikejar anggota polis malam ini.
“Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam dan operasi mengesan lelaki terbabit dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, suspek kemudian dipercayai pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis wanita sehingga cedera pada muka di hadapan pondok pengawal kira-kira pukul 5 petang tadi.
Tambahnya, suspek turut membaling sebuah objek disyaki pistol mainan dan melarikan diri sebelum pihak polis menjumpai lelaki itu di kawasan Gurun dekat sini.
“Suspek bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis, namun motosikal ditunggang laju oleh suspek telah terbabas di kawasan Bedong dan suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Kredit -Kosmo Digital.
Post a Comment