Polis menahan tujuh individu berusia 19 hingga 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan dipercayai bermula daripada kejadian ejek-mengejek dan pertengkaran sebelum membawa kepada aksi menendang kereta di Jalan Pasir Tumboh, Kota Bharu di Kelantan kira-kira jam 5 petang pada 13 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, lima daripada tujuh individu yang ditahan didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing selepas penangkapan dilakukan.
ARTIKEL MENARIK:Dulu meniaga beg di pasar malam tapi kini jual burger untuk sara isteri masih belajar. Pemuda ini akui sampai pernah dapat banyak ni sahaja order dalam sehari.
Menurutnya, kesemua individu ditahan secara berasingan di Kota Bharu dan Pasir Puteh semalam.
“Tangkapan ke atas enam orang suspek dibuat antara jam 5.30 petang hingga 11 malam semalam di sekitar Kota Bharu sementara seorang suspek ditangkap di Selising, Pasir Puteh pada jam lebih kurang 1.45 pagi hari ini.
“Semasa penangkapan tersebut, polis merampas sebuah kereta Perodua Alza warna ungu dan lain lain barangan yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian pergaduhan ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Semalam, Malaysiakini melaporkan polis sedang menyiasat kes pergaduhan dipercayai menjadi punca seorang buruh dibelasah dalam kejadian di jalan Pasir Tumboh, Kota Bharu.
Sementara itu, Abdul Rahim menyatakan kesemua suspek akan direman tiga hari bermula hari ini.
Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Kredit -malaysiakini
Post a Comment