Dulu meniaga beg di pasar malam tapi kini jual burger untuk sara isteri masih belajar. Pemuda ini akui sampai pernah dapat banyak ni sahaja order dalam sehari.

Dulu meniaga beg di pasar malam tapi kini jual burger untuk sara isteri masih belajar. Pemuda ini akui sampai pernah dapat banyak ni sahaja order dalam sehari.

Sebelum berniaga burger, Amin pernah berniaga di pasar malan dan menjadi penghantar makanan. Saban hari kita disajikan dengan kisah-kisah rakyat negara ini yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Dulu meniaga beg di pasar malam tapi kini jual burger untuk sara isteri masih belajar. Pemuda ini akui sampai pernah dapat banyak ni sahaja order dalam sehari.



Di Kelantan, seorang lelaki berusia 22 tahun tidak dapat menjalankan perniagaannya di pasar malam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

ARTIKEL MENARIK:“Dasar x tahu malu, perosak rumahtangga” Ibu bwk aku mlm2 ekori ayah. Bila kantoi tanah dijual dan ibu dicerraikan ayh. Slps aku besar, habis PhD ini terjadi pd ayh memang tragis.


Ketika saki-baki wang simpanan mula kehabisan, dia tampil dengan idea untuk berniaga burger dari rumah demi meneruskan kehidupan. Menurut Wan Mohamad Amin Wan Mohamad Zaudi, dia pernah bekerja sebagai runner atau rider penghantar makanan sebelum mula berniaga beg di pasar malam sekitar tiga tahun lalu.

“Dulu saya bekerja sebagai runner. Namun pada 2019, Foodpanda dan GrabFood dah masuk Kelantan, memang kerja saya sebagai runner down teruk. Saya terpaksa jual motor RXZ untuk buat modal beli beg dan mula berniaga di pasar malam. Alhamdulillah sangat OK berniaga pasar malam. Bukan di Kelantan saja, saya turut pergi ke pasar malam di Terengganu dan Kedah. Kalau pergi negeri luar, saya biasanya akan tidur dalam kereta atau tidur di masjid,” ujarnya.


Pasangan ini berkahwin pada Mac 2019.

Mesra disapa Amin, dia yang kini menetap di Kota Bharu memulakan perniagaan burger sejak seminggu lalu. Ujarnya, perniagaan baharu itu masih perlahan memandangkan tidak ramai yang tahu mengenainya. “Sebelum ini saya sewa rumah di Kota Bharu, tapi sekarang tak dapat bayar sewa, saya dan isteri berpindah ke rumah ibu saudaranya, juga di Kota Bharu.

Memang sangat sedih, sebab saya sebagai peniaga, kalau tak berniaga, maka tiadalah pendapatan.

“Baru saja seminggu kami berniaga burger di rumah. Bolehlah mulakan bisnes kecil ini dengan sedikit simpanan wang pasar malam dulu. Simpanan kami pun dah makin kurang. Maksimum dapat order sehari dalam 30 biji burger. Kadang-kadang lima ke enam biji saja. Mungkin sebab orang tak tahu lagi. Memang sangat sedih, sebab saya sebagai peniaga, kalau tak berniaga, maka tiadalah pendapatan, ” ujarnya.



Loading...


Menurut Amin, dia rindukan suasana berniaga di pasar malam dan berharap ia kembali beroperasi selepas pandemik Covid-19 reda di negara ini Selain pasar malam, Amin sebelum ini turut berniaga di pasar pagi di beberapa lokasi berbeza dan hanya cuti pada hari Ahad sahaja.

“Doa saya agar Covid-19 berakhir segera. Teringat suasana meriah pasar malam, bergilir-gilir lokasi pasar malam dan pasar pagi. Sekarang jual burger dari rumah, memang terasa kekok sikit, tapi saya teruskan saja demi mencari sesuap nasi, ” ujarnya.


Amin mula berniaga burger sejak seminggu lalu.

Dedah Amin, dia mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Bibi Asmieyda Yusri Khan, 22, pada 30 Mac 2019.Tambahnya lagi, dia mendirikan rumah tangga dengan wang simpanan dia bekerja sebagai runner penghantar makanan suatu ketika dahulu. Kata Amin, isterinya kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang Kewangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kota Bharu. Kisah itu mendapat perhatian selepas Amin sendiri berkongsi mengenainya menerusi direct message (DM) mStar sebelum temubual dijalankan pada Khamis pagi.

Sumber : Mstar  via apampink

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.






-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post