Bekas pesakit Covid 19 masih boleh dijangkiti long Covid. Ini antara gejala dan golongan yang berisiko.

Bekas pesakit Covid 19 masih boleh dijangkiti long Covid. Ini antara gejala dan golongan yang berisiko.

Long covid boleh dialami bekas pesakit Covid-19 meskipun sudah bebas daripada wabak itu. GEJALA selepas dijangkiti Covid-19 atau ‘long covid’ boleh terjadi kepada bekas pesakit selama berminggu-minggu atau berbulan lamanya.

Bekas pesakit Covid 19 masih boleh dijangkiti long Covid. Ini antara gejala dan golongan yang berisiko.



Long covid dapat membuatkan bekas pesakit virus itu masih mengalami beberapa gejala meskipun ujian calitan menunjukkan mereka bebas daripada Covid-19.

ARTIKEL MENARIK:Ismail Sabri dilantik Timbalan Perdana Menteri


Proses pemulihan daripada wabak itu kebiasaannya mengambil masa di antara 14 ke 21 hari namun jika seseorang itu terus menunjukkan gejala selama lebih daripada lima minggu, maka itu adalah tanda seseorang itu mengalami long covid. Meskipun masih belum ada hubungan konklusif mengenai apa yang membuatkan mereka mengalami long covid, namun ia biasanya berlaku kepada pesakit yang pernah mengalami gejala sederhana dan teruk.

Menerusi beberapa kajian, risiko long covid lebih tinggi terjadi kepada golongan wanita, individu dengan masalah obesiti serta golongan warga emas. Individu dengan long covid biasanya lebih cenderung mengalami gejala teruk dan berpanjangan tetapi berbeza-beza bagi setiap pesakit.

Ada yang selama berminggu-minggu dan ada pula sehingga setahun! Bagaimanapun, kebanyakan gejala long covid ini terjadi berkaitan dengan keadaan sedia ada pesakit. Antara gejala biasa long covid adalah gangguan pernafasan termasuk batuk berpanjangan, penurunan kadar oksigen dalam dr4h dan sesak nafas melebihi tiga bulan.

Selain itu, long covid juga dapat memicu pelbagai kesan sampingan yang dapat menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang seperti kerosakan paru-paru, gangguan tidur, masalah ingatan, gangguan kesihatan mental dan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah.



Loading...


Memandangkan gejala long covid dapat mempengaruhi tubuh dengan cara berbeza-beza, tiada satu rawatan khusus dapat membantu pesakit. Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup seperti lebih banyak berehat, bersenam, pemakanan dan sebagainya. Individu dengan long covid juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi membantu mengelola gejala dengan lebih baik.

Sementara itu, vaksin Covid-19 telah terbukti efektif menurunkan tahap keseriusan dan kadar kematian pesakit yang dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun masih belum jelas sama ada vaksin dapat membantu meredakan gejala long covid atau memulihkan keadaan pesakit. Namun, sebuah kajian klinikal di United Kingdom yang dilakukan terhadap 800 koresponden mendapati sebanyak 19 peratus daripadanya menunjukkan penurunan gejala long covid selepas mendapatkan dos suntikan vaksin pertama.


Kredit -apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post