Ibu bapa sudah meninggal dunia kerana COVID-19, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dilaporkan terpaksa menjalani kuarantin seorang diri di rumahnya.
Lebih memilukan, ibunya dikatakan meninggal dunia dalam keadaan hamil lima bulan pada Isnin lalu diikuti oleh bapanya yang meninggal dunia pada keesokan harinya.
ARTIKEL MENARIK:Tular beberapa kes petugas PPV yang suntik picagri kosong. Sekali Timbalan Menteri Kesihatan tampil beri alasan ini.
Mereka didapati positif COVID-19 dan mendapat rawatan di Hospital Harapan Insan Sendawar, Kutai Barat.
Difahamkan, bapa kepada kanak-kanak itu, Kino Raharjo, dikejarkan ke hospital setelah mengalami demam yang tidak surut. Disebabkan keadaannya semakin memburuk, ia dimasukkan ke dalam wad dan menjalani ujian swab.
Setelah itu, ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Lina juga menjalani ujian swab dan diminta untuk menjalani kuarantin di hospital bagi menjaga kesihatan bayi.
Gambar Via Kompas.com
Pun begitu, Keadaannya semakin memburuk setelah dia juga didapati mempunyai sejarah penyakit asma.
Sementara itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Vino itu juga menjalani pemeriksaan dan disahkan positif. Dia diminta menjalani kuarantin di rumah kerana tidak mengalami sebarang gejala.
Selama menjalani kuarantin, Vino ditemani oleh saudara dan jiran-jirannya. Rakan bapanya dipercayai tidur di depan pintu rumahnya.
Vino juga tidak mengikuti pengkebumian ibu bapanya kerana sedang menjalani kuarantin.
“Kami beritahu kepadanya bahawa ayah dan ibunya sudah meninggal dunia, dia hanya menangis dan bertanya kenapa ibu ayahnya meninggak dunia kerana mereka masih muda,” kata Margano.
Sumber: Kompas.com via Siakap Keli
Post a Comment