“Hampir Semua Tak Boleh Percaya” – TMJ Gelar Syed Saddiq Sebagai ‘Drama Queen’

“Hampir Semua Tak Boleh Percaya” – TMJ Gelar Syed Saddiq Sebagai ‘Drama Queen’

Pada Khamis, media melaporkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM1 juta dana milik Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Hampir Semua Tak Boleh Percaya” – TMJ Gelar Syed Saddiq Sebagai ‘Drama Queen’







ARTIKEL MENARIK:Ibu Bapa Maut Akibat COVID-19, Budak 10 Tahun Yatim Piatu Sekelip Mata, Terpaksa Kuarantin Sendirian Di Rumah


Mengaku Tidak Bersalah 

Memetik laporan BH Online, difahahamkan Syed Saddiq membuat pengeluaran dana berkenaan melalui cek CIMB Bank Berhad bernombor 000108 tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur. Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta denda. Bagaimanapun, ahli parlimen itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mohon Sumbangan Orang Ramai



Loading...


Susulan itu, Syed Saddiq memohon sumbangan orang ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000 sebagaimana diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen. Malah, sumbangan berkenaan juga bertujuan untuk membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah Ahli Parlimen Muar itu.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya tak datang daripada keluarga berada, keluarga dinasti… ibu ayah bukan pemimpin politik atau punya perniagaan yang kaya.

“Dan anda juga tahu saya menghabiskan tiga bulan gaji saya untuk membantu mereka yang terkesan kerana Covid-19 di Muar. Jumlah itu agak besar tapi saya hormati mahkamah dan hakim. Jadi saya benar-benar perlukan pertolongan anda.

“Saya dengan ikhlas merayu pertolongan anda untuk menyumbang. Link untuk derma telah saya kongsikan di ruangan komen. Kongsikan link ini bersama keluarga dan rakan.

“Walaupun sumbangan berjumlah 50 sen atau RM1 tapi kalau ribuan yang menyumbang, kita akan capai jumlah berkenaan dan saya mampu membayar kepada mahkamah. Jadi saya benar-benar perlukan bantuan anda,” jelasnya

TMJ Gelar Syed Saddiq ‘Drama Queen’


Dalam pada itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim telah berkongsi di laman Insta-story nya tangkap layar status sebuah portal yang berkongsi kisah mengenai Syed Saddiq. Menggelarkannya sebagai ‘Drama Queen’,u. Malah TMJ turut melihat situasi tersebut hanyalah sebagai sebuah lakonan untuk menarik undi daripada rakyat.


Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my terkini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam dan berkongsi sebuah status terbaharu yang menganggap adalah tugas sebagai raja-raja untuk bersuara demi kestabilan negara.



Kredit - Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post