Tular beberapa kes petugas PPV yang suntik picagri kosong. Sekali Timbalan Menteri Kesihatan tampil beri alasan ini.

Tular beberapa kes petugas PPV yang suntik picagri kosong. Sekali Timbalan Menteri Kesihatan tampil beri alasan ini.

Sejak dua menjak ni, kita ada dengar beberapa kes yang mendkwa petugas kesihatan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menyuntik picagari yang kosong kepada penerima vaksin.

Tular beberapa kes petugas PPV yang suntik picagri kosong. Sekali Timbalan Menteri Kesihatan tampil beri alasan ini.



Perkara ini mendapat maklum balas daripada Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, yang menyifatkan bahawa petugas kesihatan yang terlibat berada dalam keletihan. Beliau juga menyatakan bahawa petugas mengalami keletihan diminta untuk memberitahu keadaan mereka supaya dapat direhatkan.

ARTIKEL MENARIK:Wanita meninggal dunia depan klinik positif Covid-19




 

Tambahnya lagi, perkara ini boleh berlaku kerana petugas-petugas kesihatan perlukan rehat dan mereka semestinya keletihan selepas lebih setahun mereka bertugas melawan penularan wabak Covid-19 ini. Selain itu juga, beliau menyatakan isu berkaitan penggunaan picagari kosong yang dah viral ada sebanyak tiga kes dan masih dalam siasatan polis. Di samping itu juga, ada kes melibatkan petugas kesihatan di Sungai Petani Kedah, dah diberi teguran dan tindakan menurut Utusan Malaysia.

“Pada pendapat saya, jika mereka (petugas kesihatan) letih, mereka mesti bercakap, kongsi masalah dan jangan diamkan sahaja, mereka perlu meminta direhatkan. Kerana kalau letih namun diteruskan juga, maka, kerja akan jadi tidak produktif, tidak terbaik. Kita bimbang kerana pemberian vaksin ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa orang. Kalau kesilapan itu berlaku disebabkan letih, petugas kesihatan patut rehat, namun, kalau disengajakan, ia perkara yang sangat jahat dan tindakan sepatutnya perlu diambil jika terbukti,” katanya. Menurut sumber, beliau memberi maklum balas berkenaan isu itu selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) hari ini.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.



Loading...


Terkini Who bagi amaran ada varian lambda. Rupaya varian ni lebih bahaya dari delta dan mungkin kebal vaksin.

Saat dunia masih hangat memperkatakan tentang varian Delta COV1D 19 yang kini sedang mengg4nas di beberapa negara termasuklah di Malaysia, kini datang pula satu varian baru yang katanya lebih berbahaya.

Menurut Kosmo, sekumpulan pegawai kesihatan kini memberi amaran berhubung mutasi luar biasa dalam varian Lambda yang kini sedang menular di Britain kerana dibimbangi kuman itu mampu menjadi kebal terhadap vaksin COVID 19.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, varian baru ini juga berkongsi mutasi genetik yang sama dengan varian Delta sekaligus menjadikan ia mudah menjangkiti orang ramai. Lambda yang juga dikenali sebagai C.37 pertama kali dikesan di Peru pada tahun lepas sebelum ia pantas merebak ke 27 negara termasuklah Britain.

Para saintis juga mulai sedar akan varian berbahaya itu pada Disember tahun lepas apabila ia ditemui dalam 1 daripada 200 sampel. Walau bagaimanapun, pada Mac lepas, kadar itu kemudian meningkat kepada 50% daripada jumlah kes dan kini ia meningkat pula kepada 82%, kata WHO.

Di Chile, varian berkenaan telah merangkumi satu pertiga daripada jumlah kes C0VID 19 di negara itu. Buat masa ini, tiada bukti menunjukkan varian ini lebih agresif berbanding varian lain. “Ia berkemungkinan mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi,

namun banyak kajian perlu dijalankan terhadap varian ini,” kata penasihat Pertubuhan Kesihatan Pan-Amerika, Jairo Mendez. Varian Lambda ialah varian yang ketujuh kini dalam pemantauan WHO. Britain kini telah merekodkan enam kes varian itu pada minggu lepas.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : LM via mediabawang via Komedi Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post