APABILA nama kita dipanggil untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, selalunya memang kita akan gembira tidak terkata.
Namun, selepas itu, kita akan tertanya-tanya apa makanan dan minuman untuk dimakan atau dielakkan. Betul tak?
ARTIKEL MENARIK:Amalkan Masak Nasi Letak Bawang Putih. Jadikan Sebagai Antibiotik Semulajadi Yang Baik Untuk Keluarga!
Seperti yang diketahui, selepas suntikan vaksin Covid-19, kita biasanya akan mengalami beberapa kesan sampingan ringan seperti lenguh di tempat suntikan, penat, sakit kepala atau demam.
Justeru, adakah dari segi pemakanan dapat mengurangkan kesan sampingan, di samping terus menyokong sistem imunisasi badan kita?
Prihatin dengan keadaan itu, seorang ahli dietetik, Raihan Irwan berkongsi pandangannya dengan orang ramai.
Raihan Irwan.
Katanya, terdapat beberapa persoalan yang perlu dikupas mengenai pemakanan dan vaksin Covid-19.
Berikut kemudian menghuraikan kesemua soalan yang dikerap ditanya masyarakat. Antaranya:
1. Adakah saya perlu mengambil suplemen tambahan?
Ujar beliau, tindak balas imunisasi yang berkesan sangat dipengaruhi oleh pemakanan yang mencukupi.
“Badan kita memerlukan vitamin yang secukupnya seperti vitamin A, B6, B9 (folate), B12, C, dan E serta mineral seperti, selenium, zat besi dan zink.
“Ia terbukti mempunyai pelbagai peranan penting dalam menyokong sistem imunisasi badan dan sekali gus dapat mengurangkan risiko jangkitan,” tambah Raihan dalam artikel yang dikongsinya melalui e-mel itu.
Namun begitu, beritahunya, pengambilan suplemen tambahan tidak digalakkan melainkan telah mendapat nasihat daripada doktor.
“Ini kerana tidak ada bukti yang kukuh menyatakan suplemen tambahan membantu vaksin Covid-19 bertindak lebih efisien.
“Jadi, pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang secukupnya seperti yang telah dicadangkan oleh Garis Panduan Pemakanan Malaysia iaitu tiga hidangan sayuran dan dua hidangan buah-buahan setiap hari,” ujarnya lagi.
2. Adakah saya perlu berpuasa sebelum suntikan vaksin seperti prosedur perubatan lain?
Memberi respons pantas, katanya, sebelum menghadiri ke tempat vaksinasi, sebolehnya makan terlebih dahulu.
“Ia bertujuan untuk mengelak pengambilan suntikan vaksin semasa perut kosong terutamanya bagi mereka yang menghidapi trypanophobia (fobia terhadap jarum) kerana mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti pening kepala atau pengsan.
“Pada masa sama, orang ramai juga boleh menyediakan biskut dan roti berkrim bagi memudahkan anda makan semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi vaksinasi,” pesannya.
Selain itu, selepas menerima suntikan vaksin pula, pastikan air diminum dengan kuantiti yang cukup.
“Penghidratan yang baik mampu membantu vaksin Covid-19 dalam anda berkesan dengan efektif iaitu purata saranan pengambilan air bagi orang dewasa adalah 6 hingga 8 gelas air putih setiap hari.
Nasihat Raihan, orang ramai disyorkan untuk menyediakan botol atau sumber air putih berdekatan bagi memastikan mendapatkan air secukupnya sepanjang hari.
3. Adakah air kelapa muda mampu mengurangkan keberkesanan vaksin?
“Saya akui, kini tular tentang penyebaran mitos palsu berkaitan dengan air kelapa muda mampu mengurangkan keberkesanan vaksin Covid-19,” ungkapnya.
Ulas beliau, kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali kerana tidak bukti yang kukuh bagi menyokong mitos tersebut.
“Kandungan air kelapa adalah 94 peratus dan ia juga kaya dengan elektrolit, vitamin dan mineral seperti kalium, kalsium, selenium, vitamin C dan sebagainya yang mampu membantu menguatkan imunisasi badan.
“Pengambilan air kelapa muda juga dapat membantu anda kekal terhidrasi,” tambah beliau.
Jadi, kata Raihan, berehatlah selepas menerima vaksin dengan mendapatkan tidur yang nyenyak kerana dengan cara itu dapat membantu sistem ketahanan badan berfungsi sepenuhnya.
Baca juga Gatal, Perit , Pedih Kaki Ni Angkara “Ulat Air”, Ini Antara Cara Penyelesainya.. Hilangkan Sakit!!..
“Oleh itu, ingain saya tegaskan sekali lagi, sebenarnya, pemakanan yang tinggi dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang akan membantu seseorang mendapatkan tidur yang berkualiti dan seterusnya mampu meningkatkan ketahanan imunisasi badan.
“Namun, ini tidak bermakna makanan berasaskan protein dan lemak harus diabaikan kerana ia akan memastikan kita memperoleh diet yang seimbang dan dapat meningkatkan status kesihatan tubuh badan dan sistem imunisasi,” ungkapnya.
Artikel berkaitan: Aduhai nikmatnya tembikai! Selain segar tinggi khasiatnya
Kredit -Sinar Plus.
Post a Comment