Gatal, Perit , Pedih Kaki Ni Angkara “Ulat Air”, Ini Antara Cara Penyelesainya.. Hilangkan Sakit!!..

Gatal, Perit , Pedih Kaki Ni Angkara “Ulat Air”, Ini Antara Cara Penyelesainya.. Hilangkan Sakit!!..

Jangkitan ulat air atau nama lain yang biasa kita dengar ‘kaki makan air’ adalah satu penyakit kulit. Ia sering berlaku dan ramai orang akan mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Gatal, Perit , Pedih Kaki Ni Angkara “Ulat Air”, Ini Antara Cara Penyelesainya.. Hilangkan Sakit!!..



Biasanya berlaku di kalangan lelaki dewasa dan remaja.

ARTIKEL MENARIK:Manfaat Buah Mengkudu Terhadap Kesihatan Tubuh Badan Wanita. Anda Pasti Ingin Mencubanya.


Apa Itu Ulat Air?

Ulat air merupakan kulapuk yang menimbulkan rasa gatal apabila ia menyerang kaki. Rasa gatal dan tak selesa ini mungkin akan bertambah jika anda terlibat dengan aktiviti berpeluh atau menggunakan stokin. Ulat air ini berpunca daripada kulapuk tricophyton yang berkembang di dalam air. Ulat air ini tidak berlaku di kalangan orang yang biasanya berkaki ayam kerana kadar lembapan,peluh dan juga kekurangan pengalihan udara yang baik pada kaki mewujudkan keadaan yang sangat sesuai bagi ulat air membiak. Namun, kadangkala ulat air ini boleh berlaku disebabkan kita menggunakan air yang tidak bersih untuk mencuci kaki ataupun tangan.

Tanda Ulat Air Menyerang

Kebiasaannya ulat air ini akan menyerang di celah-celah jari kaki atau tangan. Pada sebilangan orang, kulit di celah jari kaki akan mengelupas, merekah dan berkuping. Selain itu,kadang-kadang terdapat kemerahan dan juga lecetan pada tapak kaki dan di sepanjang bahagian tepi kaki. Perubahan kulit ini mungkin diikuti dengan rasa gatal.

Faktor Ulat Air Menyerang



Loading...


  • Kaki yang berpeluh.
  • Tabiat tidak mengeringkan kaki dengan baik selepas berenang atau mandi.
  • Memakai kasut dan sarung kaki yang ketat.
  • Iklim yang panas.

 

Cara Tradisional Mengubati Kutu Air

  1. Ubi Kayu

Cara pertama untuk mengubati ulat air ini adalah menggunakan ubi kayu.Caranya, kupaslah kulitnya dan cuci hingga bersih. Seterusnya parut ubi kayu itu dan tampalkan kepada kulit yang terkena ulat air itu. Biarkan sehingga kering dan lakukan cara ini sehari sekali sehingga pulih.

  1. Daun Keladi

Daun keladi juga boleh digunakan untuk mengubati ulat air. Hanya ambil kulit batangnya, kemudian jadikan pembalut pada kaki yang terkena ulat air tersebut.

  1. Bawang Putih

Selain dapat mengubati sakit gigi, bawang putih juga dipercayai dapat mengubati ulat air kerana ia mempunyai khasiat antibiotik.Caranya mudah sahaja,hanya hiris bawang putih kemudian gosokkan ke tempat yang terkena ulat air beberapa kali sehari. Anda juga boleh menumbuk bawang putih sehingga lumat dan sapukan ke bahagian yang terkena ulat air. Lakukan langkah ini selama beberapa hari sampai sembuh.

  1. Daun Sirih

Ambil lebih kurang 10 lembar daun sirih. Lumatkan atau hiriskan daun sirih tersebut mengguna pisau. Rebus ke dalam air mendidih,tambahkan sesudu garam dan tunggu sampai air berbau sirih. Angkat dan masukkan air rebusan ke dalam bekas. Kemudian tambahkan air biasa dengan air rebusan daun sirih tadi supaya boleh kaki anda boleh direndamkan (suam). Rendamkan kaki anda selama 10-15 minit. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut atau sehingga anda rasa ulat air tadi sembuh.

  1. Garam

Khasiat garam juga dapat dimanfaatkan untuk mengubati ulat air. Caranya mudah sahaja,hanya campurkan air hangat dengan garam. Kemudian rendamlah kaki anda yang terkena jangkitan ulat air selama 15-20 minit. Campuran air suam dan garam memang terbukti dapat membunuh kuman dan bakteria.

  1. Baking Soda
bicarbonate

Selain digunakan untuk membuat kek, baking soda juga dapat digunakan untuk mengubati ulat air. Campurkan baking soda ke dalam air hangat, lalu rendamlah kaki anda selama 15-20 minit. Kemudian cuci sehingga bersih kaki anda. Lakukan cara ini secara teratur selama beberapa hari atau sehingga kaki anda sembuh dari ulat air

  1. Minyak Kelapa

Cukup sapukan ke kawasan kulit yang terkena ulat air beberapa kali sehari. Lakukan cara ini selama beberapa hari sehingga ulatairnya sembuh.

 

Penjagaan Diri Sekiranya Terkena Ulat Air

  • Letakkan krim anti kulat pada tempat yang terjejas sebanyak dua hingga tiga kali sehari untuk tiga minggu. Teruskan penggunaan ubat sehingga jangkitan ulat air itu pulih.
  • Basuh kaki anda setiap hari selepas melakukan aktiviti.
  • Keringkan kaki anda dengan sempurna, terutamanya di celah jari kaki anda.
  • Sandal adalah yang paling sesuai dalam cuaca panas. Elakkan daripada memakai kasut yang ketat.
  • Pakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan tukarnya setiap hari atau secara lebih kerap jika ianya menjadi lembap.
  • Jika boleh,berkaki ayam apabila di rumah.
  • Renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut anda pada waktu siang.

WOM




Kredit : karteldakwah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post