Elak aktiviti fizikal berat selepas dapat suntikan vaksin, elak insiden tak diingini. Ini penjelasan doktor

Elak aktiviti fizikal berat selepas dapat suntikan vaksin, elak insiden tak diingini. Ini penjelasan doktor

SEHINGGA semalam, portal vaksincovid.gov.my merekodkan, lebih 17,770,000 individu sudah berdaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Elak aktiviti fizikal berat selepas dapat suntikan vaksin, elak insiden tak diingini. Ini penjelasan doktor



Setakat artikel ini ditulis pula, lebih 11 juta rakyat Malaysia sudah menerima suntikan dos pertama dan dos kedua.

ARTIKEL MENARIK:Covid-19: Air kelapa muda mampu kurangkan keberkesanan vaksin? Ini penjelasan sahih ahli dietetik


Alhamdulillah, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan lancar dan diharapkan matlamat untuk mencapai imuniti kelompok dapat mencapai sasaran.

Berkait rapat dengan isu vaksin, baru-baru ini, Doktor Perubatan, Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman menerusi Facebooknya melontarkan pandangan penting terutamanya mereka yang baru sahaja menerima suntikan.

Katanya, sekiranya anda baru menerima vaksin, khususnya kepada golongan lelaki muda berusia 30 tahun ke bawah, elakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat sehingga badan betul-betul berasa ada tenaga untuk melakukannya.

Mengapa perlu menghindarinya?

Jawab Dr Arisman Wenge, setelah berjuta vaksin disuntik di seluruh dunia, terdapat laporan yang menyebut kesan sampingan terhadap vaksin tertentu.


Dr Arisman Wenge.

“Di negara jiran iaitu Singapura telah melaporkan satu kes remaja yang meninggal dunia ketika sedanf melakukan senama berat dan kejadian itu difahamkan selepas beliau mendapat vaksin Pfizer.

“Namun, punca kematian masih belum diputuskan, tetapi ada kemungkinan disebabkan oleh keradangan teruk pada dinding otot jantung iaitu acute severe myocarditis yang boleh menyebabkan jantung tiba-tiba berhenti semasa melakukan senaman berat,” ujarnya.

Merujuk rekod, hingga 30 jun lalu, Singapura melaporkan lebih kurang 12 individu mengalami masalah pada jantung sama ada myocarditis (peradangan dinding otot jantung) dan pericarditis (peradangan pada selaput pembungkus jantung) yang dikaitkan dengan vaksin Covid-19 di negara itu terutamanya melibatkan golongan yang berusia 30 tahun ke bawah.

Beberapa kes yang sama juga turut dilaporkan di Amerika Syarikat dan Israel.



Loading...


Justeru, kata Dr Arisman, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati dan belajar daripada data tersebut untuk menasihatkan individu penerima vaksin supaya tidak melakukan beberapa senaman berat selepas menerima suntikan sama ada dos pertama atau kedua bagi setiap jenis vaksin.


Pada masa sama, pegawai perubatan itu juga berkongsi beberapa senaman berat yang perlu dielakkan seperti:

i) Berenang.
ii) Berbasikal.
iii) Berlari atau jogging.
v) Bermain bola.
vi) Sukan yang kompetitif.

Pun demikian, ada beberapa jenis senaman sihat yang boleh dilakukan di rumah.

“Antaranya berjalan kaki, senaman ringan (stretching) dan membuat kerja rumah,” tambah beliau.


Dalam pada itu, penting untuk orang ramai tahu bahawa selepas menerima vaksin, badan kita akan dirangsang untuk membentuk antibodi melalui sistem imun tubuh.

Keadaan itu hampir pasti akan menyebabkan individu tersebut mengalami gejala demam, sakit badan, sakit kepala dan lemah atau lenguh seluruh badan, terutamanya orang muda kerana sistem imuniti mereka masih kuat berbanding dengan warga emas.

Artikel berkaitan: Farmasi Kehabisan Sanitizer Jadi Buat Sendiri Je Hand Sanitizer, Cuma Guna 2 Bahan. Modal RM11 Dapat 5 Botol

“Dalam keadaan sedemikian, saya sarankan untuk berehat dan dapatkan tenaga yang semaksimum mungkin dengan minum air secukupnya dan amalkan diet yang sihat.

“Buat golongan muda yang baru sahaja menerima vaksin, please listening to your body. J Don’t push yourself. Recovery is part of exercising too,” pesannya.


Kredit -Sinar Plus.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post