Seorang bapa nekad mencari anak lelakinya selepas mendapati kanak-kanak berusia 12 tahun itu ‘hilang’ ketika ribut melanda Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.
Mohd Zainuddin Kamarul Zahari, 38, berkata, sebelum kejadian, anaknya, Adam Jazmi dikatakan sedang bermain basikal di luar rumah menyebabkan dia cemas kerana bimbang anak sulung daripada dua beradik itu hilang ‘diterbangkan’ angin.
ARTIKEL MENARIK:Bekas pesakit Covid 19 masih boleh dijangkiti long Covid. Ini antara gejala dan golongan yang berisiko.
Katanya, dalam keadaan ribut yang menerbangkan berpuluh-puluh kepingan atap rumah penduduk, saya nekad mengetuk setiap pintu rumah jiran sebelum lega apabila menemui Adam dalam keadaan selamat di rumah sebuah jiran.
Isterinya, Nadiah Mohd,42, berkata sebelum kejadian dia bersama dengan anak perempuannya, Nur Ain Amirah, 8, berada di luar rumah bersama jiran manakala suami sedang berehat di dalam rumah.
Katanya, sekitar jam 6 petang, dia secara tiba-tiba melihat ada kepulan asap putih berpusar dan bunyinya sangat menakutkan.
Menurutnya, dengan hanya sekelip mata atap rumah penduduk yang tinggal di blok hadapan rumah saya berterbangan di udara dan melihat keadaan itu, dia segera membawa anak perempuannya masuk ke rumah bagi menyelamatkan diri.
Jelasnya, ketika itu dia tidak melihat kelibat anak lelakinya sebelum dia meminta suaminya mencari di rumah jiran.
Nadiah yang tinggal di perumahan itu sejak sembilan tahun lalu berkata, kejadian itu adalah kali ketiga dan paling buruk berbanding kejadian pada 2010 dan 2017.
Katanya, ribut tersebut telah menyebabkan kediamannya turut mengalami kerosakan teruk apabila hampir keseluruhan atap rumah diterbangkan angin.
Seorang lagi mangsa, Zainuyah All, 49 berkata, suaminya, Fauzi Mohamad, 49, melaungkan azan sebelum keadaan menjadi reda beberapa minit kemudian.
Jelasnya, ketika kejadian dia dan suaminya berada di hadapan rumah dan suami bertindak melaungkan azan sebanyak dua kali sebelum keadaan menjadi reda.
Ekoran dari kejadian itu, dia jug mengalami kerugian lebih RM2,000 apabila 25 keping atap kediamannya diterbangkan angin selain kerosakan membabitkan beberapa barangan jualan.
Dalam kejadian itu, hampir 300 penghuni membabitkan 100 buah rumah rosak yang sebilangan besarnya membabitkan kerosakan bahagian atap.
Sumber: Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment