Hari kelima operasi memusnahkan kebun durian musang king yang ditanam secara haram di dalam Hutan Simpan Batu Talam. Operasi pemusnahan itu berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang provokasi melampau daripada para pekebun.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata hari ini terdapat pertambahan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara untuk mengawal keselamatan petugas.
ARTIKEL MENARIK:Bapa Ketuk Pintu Setiap Rumah Cari Anak Hilang Ketika Ribut
Anggota polis dan PGA turut mengadakan dua sekatan jalan raya (SJR) 24 jam dilaluan utama masuk ke kawasan kebun durian terbabit. Kawalan juga membabitkan jambatan simen yang sebelum ini telah dua kali dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Mereka turut berharap agar operasi musnah itu dapat terus berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak. Mereka turut telah menambah lebih 30 kakitangan JPNP dari beberapa daerah untuk turut sama menyertai operasi musnah, menjadi kira-kira 65 kakitangan yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan penebang.
Nor Azirim Ahmad turut sama menyertai operasi itu. Kehadiran anggota Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) turut dapat melancarkan lagi aktiviti menebang pokok durian.
Mereka turut berharap agar operasi musnah kebun durian Musang King yang ditansm secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam seluas kira-kira 101 hektar dapat diselesaikan secepat mungkin lebih awal yang tetapkan sebelum ini.
Sumber: Harian Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment