Kabinet negara telah bersepakat dengan menyerahkan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk berbincang bersama rakan sejawatnya di China berkenaan isu 16 pesawat negara China yang menceroboh ruang udara negara ini.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada awalnya, isu itu telah ditangani Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan perinciannya telah diumumkan Panglimanya, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
ARTIKEL MENARIK:Warga Guangzhou dan Shenzhen Panik Akibat Munculnya Virus Varian Baru, 100 Juta Orang Divaksin dalam 5 Hari
Namun, kabinet telah sebulat suara bersetuju agar dilaksanakan perbincangan di anta menteri luar masing-masing. Hishammuddin akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Plus yang akan diadakan di China, di sana mereka boleh berjumpa, berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagi isu ini. Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran sumbangan pembinaan Hospital Modular Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan tentera (HAT) Tuanku Mizan di sini hari ini.
TUDM telah mengesahkan bahawa pihaknya telah mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei lalu. Penerbangan pesawat tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi waktu tempatan.
Pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain dan formasi panjang itu juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.
Tindakaj segera telah diambil oleh kerajaan Malaysia dengan memanggil Duta China untuk diberikan nota prites bantahan. Semestinya kedaulatan negara tidak akan dibiarkan dicabar oleh sesiapa pun. Malahan TUDM turut telah melaksanakan tanggungjawabnya.
Sumber: Malaysia Gazette via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment