RM 210,500 Kompaun Dikeluarkan Sepanjang Dua Hari Pelaksanaan PKP 3.0

RM 210,500 Kompaun Dikeluarkan Sepanjang Dua Hari Pelaksanaan PKP 3.0

Selama tempoh dua hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jun lalu polis Johor telah mengeluarkan sebanyak 82 kompaun membabitkan kompaun keseluruhan bernilai RM210,500.

RM 210,500 Kompaun Dikeluarkan Sepanjang Dua Hari Pelaksanaan PKP 3.0





ARTIKEL MENARIK:Menteri Luar Negeri Bakal Pergi Ke China Untuk Bincang Isu Pesawat China Ceroboh Ruang Udara Zon Maritim Malaysia


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah kompaun dikeluarkan pihaknya sejak 1 Januari hingga semalam pula adalah sebanyak 4,423.

Menurutnya, kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Iskandar Puteri dan Segamat mencatatkan pengeluaran kompaun terkumpul tertinggi.

Selama tempoh dua hari itu juga, pihak polis telah memeriksa sebanyak 17,512 premis bagi memastikan tahap pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Antara premis yang diperiksa oleh pihak polis ialah  pasar raya, restoran, pusat komersil, pusat perindustrian, rumah ibadat, terminal pengangkutan, pusat sukan dan rekreasi serta premis penjaja.



Loading...


Antara kesalahan yang umum sepanjang tempoh PKP ialah gagal memakai pelitup muka, gagal mendaftar MySejahtera, gagal menjaga jarak fizikal, penumpang melebihi had kenderaan dan gagal mengimbas suhu ketika memasuki premis.

Beliau berkata, pemeriksaan berkenaan dilakukan oleh seramai 1,598 pegawai dan anggota yang digerakkan secara aktif di seluruh Johor dengan pematuhan berada pada tahap 97 peratus.

Sementara itu, terdapat 1,047 pegawai dan anggota  daripada polis, tentera dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditempatkan di 69 lokasi sekatan jalan raya di seluruh negeri.

Tambahnya, sepanjang tempoh dua hari pelaksanaan PKP sebanyak 3,384 prmohonan pergerakan merentas daerah dan negeri yang diterima oleh pihak polis dan sebanyak 88 pemohonan ditolak manakala yang selebihnya diluluskan.

Sumber: Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post