Kilang Papan Beroperasi Tanpa Kebenaran MITI Dikompaun RM 10,000

Kilang Papan Beroperasi Tanpa Kebenaran MITI Dikompaun RM 10,000

Sebuah kilang papan di Salak Baru, Sungai Siput, yang diperintahkan penutupannya oleh mahkamah susulan gagal mematuhi kehendak notis kebombaan, dikompaun sebanyak RM10,000, malam tadi kerana telah beroperasi tanpa kebenaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuat kuasa.

Kilang Papan Beroperasi Tanpa Kebenaran MITI Dikompaun RM 10,000



Dalam serbuan pada jam 9 malam tadi, lapan lelaki warga asing yang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, dan Indonesia berusia antara 20 hingga 50 tahun yang juga merupakan pekerja kilang itu turut ditahan ketika sedang melakukan kerja pemotongan kayu serta papan di kilang itu.

ARTIKEL MENARIK: Nekad buka google street sebab rindu nak tengok rumah di kampung. Sekali lelaki ni sebak bila terjumpa ayah dalam tu.


Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, serbuan dijalankan dengan kekuatan tiga pegawai serta sembilan anggota selain dibantu dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput hasil maklumat dari risikan.

Bagaimanapun, terdapat 12 pekerja lain yang sempat melarikan diri ke kawasan semak berhampiran ketika serbuan.

Katanya, melalui risikan yang dijalankan pihaknya mendapati kilang terbabit beroperasi tanpa kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) semasa PKP 3.0 masih berkuat kuasa selain melanggar notis penutupan yang dikeluarkan oleh mahkamah berkuat kuasa sejak 20 Mei lalu.

Selain melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0, kilang ini juga sebenarnya telah diperintahkan oleh mahkamah supaya menghentikan operasi kerana melanggar peraturan bomba dari segi keselamatan mencegah kebakaran khususnya berkenaan penyediaan saliran paip untuk kerja pemadaman api.

Loading...


Ada diantara warga asing yang ditahan mempunyai dokumen sah namun ada juga yang tidak mempunyai dokumen dan dokumen tamat tempoh. Kesemua mereka kemudiannya ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63, sementara dokumen yang dipegang oleh pengurusan kilang diperiksa.

Mohd Khaizam berkata, pengurusan kilang itu turut memberi alasan untuk tetap beroperasi iaitu kerana ingin menyusun atur kayu serta papan yang ditinggalkan di kilang berkenaan bagi mengelakkan kemungkinan daripada rosak iaitu selepas lama dibiar dan ditinggalkan susulan notis penutupan.

Selain beroperasi pada waktu malam iaitu selepas jam 6 petang, operasi kilang berkenaan juga dijalankan di bahagian belakang bagi mengaburi mata pihak berkuasa berikutan bahagian hadapan kilang itu termasuk pintu utamanya sudah dikunci oleh pihak bomba.

Beliau berkata , kompaun RM10,000 terhadap pemilik premis berusia lingkungan 40 tahun adalah mengikut Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Manakala, bagi pekerja yang ditahan kompaun tidak akan dikeluarkan sebaliknya membabitkan kertas siasatan dibuka mengikut Peraturan 17 (1) peraturan yang sama.

Sumber: Metro via KHALIFAH MEDIA NETWORKS




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post