PETALING JAYA – Mengucap dua kalimah syahadah dan hubungi keluarga melalui panggilan video buat kali terakhir.
Itu prosedur yang dilakukan oleh petugas kesihatan terhadap pesakit Covid-19 yang akan ditidurkan dan dibantu oleh mesin pernafasan.
ARTIKEL MENARIK:Maybank Akan Beroperasi Secara Janji Temu Sahaja, Ini Cara Nak Buat Janji Temu Yang Perlu Korang Ikut
Perkara tersebut dikongsi oleh seorang kaki tangan kesihatan, Shahrin Sahbudin di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi.
Melalui perkongsian itu, menurutnya, pesakit diminta berbuat demikian kerana mungkin itu adalah salam terakhir mereka kepada ahli keluarga.
“Dan ini adalah perjalanan terakhir salah seorang pesakit Covid-19 aku. Semoga ditempatkan bersama para solihin.
Loading...
“Pemergian ditemani bukan daripada ahli keluarga sendiri. Mati itu pasti. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia juga kita kembali,” katanya di sini.
Hari ini, Kosmo! melaporkan kes kematian Covid-19 merekodkan angka tertinggi sebanyak 126 kes, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 mencecah 2,993 kes. – K! ONLINE
Post a Comment