COVID-19: Detik Hitam Buat Negara, 126 Kes Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini, Paling Tinggi Sejak Pandemik Bermula

COVID-19: Detik Hitam Buat Negara, 126 Kes Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini, Paling Tinggi Sejak Pandemik Bermula

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah memaklumkan bahawa terdapat 7,703 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini.

COVID-19: Detik Hitam Buat Negara, 126 Kes Kematian Dilaporkan Pada Hari Ini, Paling Tinggi Sejak Pandemik Bermula



Kes baharu itu telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat menjadi 587,165 kes secara keseluruhannya.

ARTIKEL MENARIK:Mengucap, hubungi keluarga sebelum ditidurkan


Walaupun angka tersebut bukanlah yang paling tinggi pernah direkodkan, namun ianya tetap membimbangkan.

Sungguhpun angka kes positif baharu pada hari ini bukan yang paling tinggi, namun lain pula ceritanya untuk kes kematian harian yang berkaitan dengan COVID-19 pada hari ini.

Tanggal 2 Jun 2021 iaitu pada hari ini, negara melakar satu lagi detik hitam apabila merekodkan kes kematian harian berkaitan COVID-19 tertinggi sejak pandemik ini bermula iaitu sebanyak 126 kes.



Loading...


Detik hitam buat negara kita. Hari ini mencatatkan kes kematian harian #COVID19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula.#stayhome pic.twitter.com/H4Uz99OJIS

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) June 2, 2021

126 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian berkaitan dengan COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 2,993 kes.

Justeru daripada itu, orang ramai diseru untuk mematuhi segala SOP yang dikeluarkan kerajaan serta mengambil vaksin bagi sama-sama melawan virus yang boleh membawa maut ini.

Sumber: @KKMPutrajaya via Siakap Keli




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post