Maybank hari ini memaklumkan bahawa seluruh cawangannya akan beroperasi secara janji temu sahaja.
Operasi janji temu ini akan bermula pada 2 Jun 2021 sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.
ARTIKEL MENARIK:Ada Yang Ditembak Jatuh Hingga Korbankan Ratusan Nyawa, Ini Insiden 4 Kes Pesawat Asing Didakwa ‘Ceroboh’ Ruang Udara Sesebuah Negara Hingga Menggemparkan Dunia
Selain itu, menerusi kiriman daripada Twitter rasmi Maybank memberitahu beberapa cawangan mereka akan ditutup buat sementara waktu.
Sementara itu, bagi warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil akan terus diberi layanan khas walaupun tanpa janji temu.
Tujuan pihak Maybank adalah untuk menyokong usaha negara untuk membendung penularan wabak Covid-19.
Untuk bantuan, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688. Atau para pelanggan boleh membuat janji temu melalui EzyQ di maybank.my/ezyq
(2/2) Warga emas, orang kurang upaya & wanita hamil akan terus diberi layanan khas walaupun tanpa janji temu.
Untuk bantuan, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.
Terima kasih di atas kerjasama anda & marilah kita bersama-sama membendung wabak ini.— Maybank (@MyMaybank) June 2, 2021
Sumber: Maybank
Post a Comment