Seorang wanita terbunuh manakala suaminya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 73, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Ayer Baloi, Pontian malam semalam.
Dalam kejadian pada jam 8.45 malam itu, mangsa, Nurul Izzati Zainal Abidin, 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala, kaki dan tangan.
ARTIKEL MENARIK:Ker4jaan Akan B4ntu Shg Hujung Tahun, dan Tmbahan Rm500 Pula Akan Terus Dimasukkan Ke Akaun Bank Untuk Semua Gol0ngan ini
Manakala suaminya, Muhammad Syarifuddin Ramli, 25, mengalami kecederaan parah dan masih berada di wad kecemasan zon merah Hospital Pontian (HP).
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan dari arah Benut menuju ke Pontian menaiki kereta jenis Naza Sutra.
Menurut beliau, sejurus kereta yang dinaiki pasangan itu tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan menyebabkan berlaku pertembungan di antara kereta Mercedes-Benz dengan kereta yang dianiki pasangan itu.
Mustafa berkata, akibat daripada pelanggaran itu, seorang wanita yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan maut akibat tersepit manakala pemandunya parah.
Ujarnya, pemandu kereta Mercedes-Benz pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Alsagoff, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.
Jelasnya, kedua-dua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan penyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment