Seolah-olah diperli mengenai Alif Ba Ta, penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang ‘naik angin’ terhadap salah seorang pengikutnya di Instagram.
“Mika dah belajar Alif Ba Ta jugak ka?”
ARTIKEL MENARIK:“Kami Rindu Anda”- Akhirnya Anita Sarawak Tampil Dengan Khabar Berita
Michael yang memuat naik video anaknya, Mika di Instagram berkongsi dia telah memberi durian kepada Mika sebagai ‘hadiah’ disebabkan telah belajar mengeja.
Melihatkan video tersebut, pengikut Michael telah meninggalkan komen yang dianggap memerli apabila bertanyakan tentang pelajaran jawi Mika. Pertanyaan yang dianggap kurang sopan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati Michael dan orang lain.
Foto – @michaelang38 (Instagram)
“Alif Ba Ta belum lagi. Tapi dia reti cakap kat u UP YOURS. Kalau tak faham dia suruh kau google.
By the way I am offended by your question!” balas Michael.
Ujar Michael soalan tersebut tidak perlu dipersoalkan. Malah isu berkaitan dengan agama dan anaknya, dia tidak akan berkongsi dan tayangkan kepada umum.
Foto – @michaelang38 (Instagram)
Pada masa yang sama, Michael juga berkata tak semestinya seseorang Muslim itu menutup aurat menunjukkan dirinya lebih baik atau mempersoalkan orang lain.
Nak perli dan menghina?
Kongsinya lagi, tak salah untuk bertanyakan soalan kepadanya. Tetapi individu tersebut perlulah bertanya dengan betul dan sesuai mengikut situasi. Tambah Michael apabila ditanyakan soalan seperti itu, ia seolah-olah mahu memerli dan menghina dirinya memandangkan dia seorang mualaf.
Foto – @michaelang38 (Instagram)
“U nak tanya ada banyak cara nak tanya. Tapi bila kau tuju pada saya yang seorang mualaf ia seakan memerli saya.
It such an insult. Ada benda boleh buat lawak but not everything”, kongsinya.
Michael juga berkata bagi mereka yang gemar bertanyakan soalan mengenai solat, kalimah syahadah dan sebagainya, ia adalah seperti menghina dirinya. Walaupun bagi mereka perkara itu adalah gurauan, tetapi bagi seorang mualaf ianya tidak.
Foto – Kosmo
Melihatkan isu ini, pengikut tersebut telah memohon maaf kepada Michael kerana telah menimbulkan isu salah faham terhadap persoalan dan niatnya. Apa-apa pun, Murai.my berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Kredit -
Post a Comment