“Kami Rindu Anda”- Akhirnya Anita Sarawak Tampil Dengan Khabar Berita

“Kami Rindu Anda”- Akhirnya Anita Sarawak Tampil Dengan Khabar Berita

Setelah sekian lama peminat serta pada wartawan hiburan tertanya-tanya dimanakah hilangnya penyanyi lagenda Anita Sarawak, akhirnya terdapat perkhabaran baharu mengenai empunya nama sebenar Ithnaini Mohamed Taib.

“Kami Rindu Anda”- Akhirnya Anita Sarawak Tampil Dengan Khabar Berita





ARTIKEL MENARIK:Pernah Jadi Bilal Masjid, Benarkah Ahmad Nisfu Hidup Sebat4ng K4ra Dan D4if? Anak Dedah Cerita Sebenar


Anita Dan Suami Sihat


Memetik artikel Astro Awani, Anita dan suami, Mahathir Abdullah berada dalam keadaan sihat selepas Mahathir membalas kiriman mesej ucapan selamat hari lahir buat rakan rapatnya yang juga merupakan wartawan hiburan, Shuib Taib.

“Thank you so very much Shuib. We miss you,” tulis Mahathir buat Shuib



Loading...


Lokasi Masih Tidak Diketahui

Meskipun hanya sekadar mesej pendek, namun ia begitu bermakna buat Shuib sebelum berkongsi khabar terbaharu mengenai pelantun Tragedi Buah Epal itu pada portal berita tersebut. Shuib berkata kedua-dua nya kini mahu menikmati kehidupan yang normal namun tidak memaklumkan mengenai lokasi sebenar pasangan itu menetap.

“Abang Mahathir dan Kak Nita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal,” kata Shuib yang pernah berkhidmat dengan akhbar New Straits Times.

Sekadar info,sedekad yang lalu kehilangan ‘superstar’ ini mencetuskan pelbagai spekulasi termasuklah dikatakan sudah bercerai dengan suami keempat nya itu, Mohammad Mahathir selain Anita didakwa mengalami sakit yang serius. Dakwaan tersebut muncul selepas panggilan telefon mahupun e-mel rakan karib tidak berbalas. Malah keluarganya juga enggan membuka mulut setiap kali ditanya mengenai Anita.

Kredit -  Murai MY.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post