Pagi tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan amanat secara langsung di RTM dan menyatakan kebenaran merentas negeri dan pembukaan semula sempadan akan diberikan sebaik sahaja tahap imunisasi berjaya mencapai tahap yang ditentukan.
ARTIKEL MENARIK:Ramai Yang Persoal, KJ Tekad Untuk Disunt1k Vaksin Yang Sama Dengan Rakyat!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga bersiap sedia untuk memastikan sekurang-kurangnya 126,000 orang individu dapat diberikan suntikan vaksin Covid-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara.
Insya Allah, dengan langkah kawalan pergerakan yang masih berkuat kuasa, pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan dan pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sudah pun dimulakan, kita akan dapat melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara kita dalam tempoh beberapa bulan akan datang. – Katanya.
Sebelum ini kerajaan juga telah mensasarkan 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia akan diimunisasi dan ini bermakna sebanyak 26 juta rakyat Malaysia akan menerima suntikan vaksin secara percuma.
Kredit: Harian Metro via Oh! Media
Post a Comment