Pelakon senior, Zila Bakarin mendedahkan bahawa dia pernah disoal sama ada sanggup membuka hijab jika dikehendaki untuk berbuat demikian untuk berlakon.
ARTIKEL MENARIK:Macam Tak Percaya! 6 Artis Ini Pernah Berjuang Melawan K4nser
Sumber : Instagram Zila Bakarin
Menurut Zila, perkara tersebut berbangkit apabila ada beberapa pelakon bertudung bersetuju untuk membuka pelitup kepala semata-mata untuk menjayakan watak dib Dia yang ditemui media menegaskan bahawa dia tidak akan sekali-kali membuka tudung dan meminta kru produksi agar mencari sahaja pelakon lain. erikan kepada mereka.
“Jawapan saya, kalau nak kena buka tudung cari orang lain. Saya sendiri pun tak tahu yang situasi ini memang berlaku. Apabila dimaklum dan diajukan solan begitu, baru saya tahu. Tapi sampai ke hari ini saya masih tak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan.”
Tambahnya lagi, dia juga tidak menyedari bahawa perkara seperti itu wujud dalam industri hiburan tempatan pada ketika ini.
Meskipun begitu, bagi Zila, dia tiada hak untuk melebih-lebih dalam memberi pendapat mengenai isu-isu sensitif seperti itu kerana dia sendiri juga masih belajar untuk berubah ke arah yang lebih baik dari segi pemakaian.
“Saya pun tak pandai sangat dan masih belajar. Kalau mereka terbuka untuk menanggalkan tudung ketika berlakon,
itu hak mereka. Tapi kalau tanya saya, saya tak mahu dan kalau terpaksa tolak tawaran itu, saya akan tolak dan anggap ia bukan rezeki saya.” – Zila Bakarin
Sebelum itu :
“Doakan Saya…,” – Lebih Sebulan Tutup Aurat Dengan Bertudung, Zila Bakarin Mohon Doa Peminat
Hujung Disember lalu, pelakon Zila Bakarin ada berkongsi sekeping foto lengkap mengenakan tudung yang sekali gus mengundang perhatian ramai menerusi Instagram.
Sambil menulis kapsyen humor pada foto selfie yang dimuat naik, rata-rata peminat turut memuji penampilan terkininya selain mendoakan agar bintang ini kekal istiqamah.
Malah, ada di antara komen yang ditinggalkan peminat mendapat reaksi balas dari Zila yang turut memberi penjelasan mengenai dirinya yang kini telah pun mengenakan hijab.
Post a Comment