[VIDEO] Guna Duit i-Sinar Buat 11 Bonggol, Akhirnya Lelaki Ini Mohon Maaf & Ratakan Semula Jalan

[VIDEO] Guna Duit i-Sinar Buat 11 Bonggol, Akhirnya Lelaki Ini Mohon Maaf & Ratakan Semula Jalan

Seorang lelaki yang menimbulkan isu di Besut kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya.

[VIDEO] Guna Duit i-Sinar Buat 11 Bonggol, Akhirnya Lelaki Ini Mohon Maaf & Ratakan Semula Jalan



Menerusi laporan Bernama, Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Enggan Susahkan Anak, Warga Emas Pilih Tinggal Di Surau Hampir 3 Tahun


“Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur.

“Saya tertekkan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguanmental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Sebelum ini isu tersebut menjadi bualan netizen apabila foto dan video bonggol tersebut tular.



Loading...


Menerusi perkongsian di laman Facebook Ahmad Fadzli, jirannya membuat bonggol-bonggol tersebut untuk mengelak bunyi bising kenderaan.

“Lepas zohor semalam tiba-tiba wujud 11 bonggol baru atas jalan masuk ke rumah Cikgu Li.

“Jadi Cikgu Li terpaksa panggil kontraktor buat jalan baru ikut belakang. Malas nak berggaduh dengan orang gilaa buat-buat ni.

“Sebelum ni dia letak batu di tengah-tengah jalan dan halangan di tengah jalan. Kononnya kereta lalu laju depan rumah dia.

“Mustahil untuk kereta lalu dengan laju sebab memang ada 2 bonggol sebelum rumah dia dan kat tiang letrik betul-betul sebelah rumah dia.

“Pernah sekali bila Cikgu Li balik dari masjid untuk Solat Subuh ; tiba-tiba dia muncul dari semak dan mengacukanparang.

“Cikgu Li pun undur kereta dan masuk ikut jalan lain. Sebelum tu dia pernah tunggu tengah-tengah jalan sambil mengacukan batang ubi.

“Mujur emak dia dan saudara dia ada di luar rumah ; mereka yang pujuk dia suruh ke tepi.”


Kredit - YOY Network.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post