Peningkatan kes positif Covid-19 di negara kita semakin memuncak sehingga memaksa kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berkongsi mengenai pengalaman mengalami stage 5 Covid-19, seorang pengguna Facebook menerusi akaun Zicko Syah menceritakan bagaimana virus Covid-19 ini mampu membuatkan dirinya tidak terdaya dan lemah.
ARTIKEL MENARIK:Kedai Gunting Rambut Tak Beroperasi, Murid Boleh Berambut Panjang ke Sekolah

Melawan Covid-19 stage 5 selama 30 hari.
Syukur, Alhamdulillah aku sihat juga selama beberapa hari melawan virus Covid-19. Ini antara serba sedikit pengalaman aku kena virus Covid-19.
Moga-moga ada yang baru dijangkiti atau yang belum kena jangkiti kita ambil iktibar semoga kita dijauhkan dari dijangkiti virus ini, sebab ramai menganggap kalau terkena ni kena kuarantin dua minggu bagi panadol dan boleh balik ternyata tidak.
Covid ada peringkat dia. Ini serba sedikit tahap jangkitan Covid-19.
5 peringkat Covid-19
Terdapat lima peringkat klinikal Covid-19. Tahap 1 tanpa gejala, tahap 2 simptomatik dan tiada radang paru-paru, tahap 3 simptomatik dan radang paru-paru.
Manakala tahap 4, simptomatik, radang paru-paru dan oksigen diperlukan. Tahap 5 adalah sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.

Aku adalah seorang yang paling jaga SOP, sampaikan kedai dan COD pun aku tak buka sebab risau kena jangkit.
Ramai yang mesej macam mana boleh kena, sebenarnya kalau mahu jawab soalan tu memang susah sebab kita tak nampak virus ni.
Kita hanya boleh buat andaian kena di sana kena di situ tapi tak sahih. Usah buat andaian berteka-teki dengan pesakit berikan kata-kata semangat sudah memadai.
Post a Comment