Di sebalik kesusahan kita, sebenarnya ada insan yang lebih menderita. Susulan pelaksanaan semula PKP di beberapa buah negeri, ramai yang kehilangan sumber pendapatan mereka untuk mencari sesuap nasi.
Paling menyayat hati apabila golongan tersebut juga tidak mempunyai sebarang tempat tinggal untuk berteduh atau keluarga untuk berkasih sayang.
ARTIKEL MENARIK:Kelam-Kabut Kahwin Sebelum PKP. Dapat Tahu Waktu 4 Jam Sebelum Nikah, Pasangan Buat Kerja Gila Macam Ajak Lepak Mamak Je
Menerusi perkongsian video di TikTok, pengacara Hazeman Huzir dan juga rakan-rakannya telah pun menerima satu laporan mengenai seorang warga emas gelandangan. Difahamkan pak cik tersebut tinggal di surau kawasan Shah Alam itu hampir 3 tahun. Bagi meneruskan hidup setiap hari, lelaki berusia berkenaan sebelum ini menjual dadih di sekitar lokasi itu.
Tapi bila PKP tak dapat niaga..Nak berdiri lama pun tak berapa sihat
Walau bagaimanapun, pak cik tersebut buntu apabila dia tidak dapat terus berniaga disebabkan penguatkuasaan PKP tahun ini. Malah, warga emas berkenaan juga mengalami masalah kesihatan di bahagian kaki menyebabkan dia tidak dapat berdiri dengan lama.
Disebabkan ketiadaan tempat tinggal untuk menetap, pakcik itu memilih untuk terus tinggal di surau kawasan berkenaan sepanjang musim PKP ini. Lebih mengharukan, warga emas tersebut juga enggan menyusahkan anak-anak dengan keadaannya sedemikian. Kini, Hazeman dan rakan-rakannya sedang mencari jalan untuk membantunya.
Tiada tempat tinggal nak menetap..Tak sampai hati nak susahkan anak-anak
Disebabkan ketiadaan tempat tinggal untuk menetap, pakcik itu memilih untuk terus tinggal di surau kawasan berkenaan sepanjang musim PKP ini. Lebih mengharukan, warga emas tersebut juga enggan menyusahkan anak-anak dengan keadaannya sedemikian. Kini, Hazeman dan rakan-rakannya sedang mencari jalan untuk membantunya.
Sumber: Instagram & TikTok Hazeman Huzir
Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/ via Slamber Media
Post a Comment