Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dengan menutup hampir kesemua aktiviti ekonomi, akan dilaksanakan sekiranya kes penularan pandemik Covid-19 gagal dikawal menjelang 4 Februari 2021.
Menurut laporan Astro Awani, kenyataan itu dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah – Malaysia (EuroCham – Malaysia) dalam satu surat kepada ahlinya.
ARTIKEL MENARIK:Lelaki Terkejut Disahkan “Hamil” Oleh Doktor Gara-Gara Ada Embrio Normal Selepas Dia Mengadu Perut Sakit
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pendirian jelas tentang penutupan sepenuhnya ekonomi selepas 99 kluster Covid-19 di Malaysia adalah berkait dengan sektor pembuatan. Pihak KKM percaya sektor itu punca utama kepada jangkitan wabak tersebut.
Tambahnya lagi, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pendirian jelas tentang penutupan sepenuhnya ekonomi.
Dalam pada itu, mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak turut mengemaskini status Facebooknya dengan kenyataan yang sama.
Buat masa sekarang ni, apa yang kita boleh buat ialah patuhi SOP dengan duduk dirumah dan hanya keluar bila perlu. Diingatkan juga untuk kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer dan pastikan jarak 1 meter dengan orang lain ketika di tempat awam. #KitaJagaKita
Kredit - Lobak Merah
Post a Comment