Lelaki Terkejut Disahkan “Hamil” Oleh Doktor Gara-Gara Ada Embrio Normal Selepas Dia Mengadu Perut Sakit

Lelaki Terkejut Disahkan “Hamil” Oleh Doktor Gara-Gara Ada Embrio Normal Selepas Dia Mengadu Perut Sakit

Beijing: Seorang lelaki di China yang mengalami sakit perut gusar selepas dia disahkan hamil oleh doktor selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital.

Lelaki Terkejut Disahkan “Hamil” Oleh Doktor Gara-Gara Ada Embrio Normal Selepas Dia Mengadu Perut Sakit



Memetik portal Global Times, kejadian itu bermula selepas lelaki dari Zhongshan, selatan China, wilayah Guangdong itu mendapatkan rawatan di hospital pada Isnin.

ARTIKEL MENARIK:Terima 43 Ribu Mesej Orang Minta Bantuan Tak Sampai Sehari, Ebit Lew Minta Maaf Tak Mampu Bantu Semua


Pihak hospital memutuskan membuat ujian ultrabunyi selepas lelaki itu mengadu sakit perut.

Namun, apa yang memeranjatkan, laporan ujian itu mengesahkan lelaki itu hamil dengan embrio normal.

Lelaki dikenali sebagai Wu yang terkejut dengan laporan berkenaan, meminta doktor membuat penjelasan lanjut hasil laporan dikeluarkan itu menyebabkan pihak hospital segera melakukan penelitian semula.



Loading...


Selepas meneliti perkara itu, doktor yang merawatnya memohon maaf kerana mendapati pihaknya melakukan kesilapan.

Doktor itu mendakwa, petugas hospital itu terlupa memadamkan laporan diagnosis pesakit terdahulu sebelum salinan sama diberikan kepada Wu.

Wu akhirnya dapat menarik nafas lega selepas disahkan tidak hamil selain tidak mengalami masalah kesihatan yang serius.

kredit MalaysiaGazette via Kartel Dakwah




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post