Dah jawab, polis tetap suruh rider berhenti tepi… tak puas hati gara-gara ‘mi bodo’ – “Tiga kali saya ulang…”

Dah jawab, polis tetap suruh rider berhenti tepi… tak puas hati gara-gara ‘mi bodo’ – “Tiga kali saya ulang…”

KISAH rider sering kali menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dah jawab, polis tetap suruh rider berhenti tepi… tak puas hati gara-gara ‘mi bodo’ – “Tiga kali saya ulang…”



Bermacam-macam gelagat dan pengalaman yang dikongsikan geng rider cepat sahaja dapat dihidu netizen sehinggakan ia tular di laman media sosial.

ARTIKEL MENARIK:Baru Je P0lis Johor n4fi wanita dk0mpaun di kawasan tdk sesak, Sekali wanita tu tunjuk bukti CCTV


Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda berusia 34 tahun dari Pengkalan Rama Pantai, Melaka apabila dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan pihak berkuasa dalam pemeriksaan sekatan jalan raya baru-baru ini.

Berkongsi kisah itu, Nazarrudin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pagi Jumaat lalu dalam sekatan jalan raya di Jalan Semabok, Melaka ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan di kawasan berdekatan.

Pemuda itu memberitahu, ketika dia berhenti di sekatan jalan raya itu, ada anggota polis bertanya apa ada di dalam tempat isi makanan yang dibawanya.

Selepas dia selamba menjawab ‘mi bodo’, anggota terbabit mengulangi soalan sama dua kali dan dia tetap memberi jawapan sama.

 


Pang bersama isterinya Izwanie yang sedang hamil lapan bulan dan dua orang cahaya mata perempuan.

Ketika itulah, polis bertugas terbabit dengan muka menahan marah mengarahkan dia untuk ke tepi.

“Dia suruh saya buka beg makanan tersebut. Spontan dia tanya nama mi ni bodo ka? Aku ingat kau bodohkan aku. Dah jalan!

“Bila saya dah jalan depan sikit baru saya terfikir, oh… dia ingat saya cakap bodoh dekat dia, ” ujarnya yang mengakui gemuruh ketika melalui detik itu.

Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu.

NAZARRUDIN

Nazarrudin atau lebih dikenali sebagai Pang berkata, mungkin anggota polis tersebut bukan berasal atau tinggal di Melaka kerana rata-rata orang di negeri Hang Tuah itu tahu kewujudan ‘mi bodo’ ini.

“Sejak PKP ini memang saya buat runner untuk Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera ini. Sebelum ini saya berniaga burger sepenuh masa.

“Saya tak buat Foodpanda atau GrabFood. Baru dua minggu saya buat runner dan ini kali pertama saya ditahan dan berdepan situasi macam ini.



Loading...


“Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu, ” jelasnya.

 


Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera yang popular di negeri Melaka.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata perempuan itu, Irdina Raisya dan Airish Raika yang masing-masing berusia enam dan lima tahun berkata sejak status yang dimuat naiknya itu tular, banyak pesanan ‘mi bodo’ diterima sehingga dia tidak menang tangan dan terpaksa menolak.

 


Sehingga kini posting itu meraih 600 likes dan 100 share di laman Facebook.

“Sejak tular gerai mi hadkan sehari 100 bungkus sahaja untuk saya buat penghantaran, sebab yang beratur kat gerai pun ramai.

Tular perkongsian yang dibuat Pang mengenai perbualannya bersama salah seorang anggota polis ketika membuat sekatan jalan raya.

“Sekarang mereka bayar saya mengikut kilometer penghantaran. Alhamdulillah.. cukuplah untuk makan anak bini, ” ujarnya.

Bagaimanpun, kata Pang, buat masa ini kerja sebagai runner untuk mengumpul wang sampingan dan akan memulakan operasi gerai burger jika situasi kembali pulih kerana perlu membuat persiapan untuk menyambut ahli baharu dalam keluarganya kerana isterinya kini hamil lapan bulan.

Sumber: Mstar


Sumber : http://trendinggiler.pw/  via Slamber Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post