Ternyata inilah keputusan yang terbaik buat masa ini mengenangkan keadaan isterinya belum stabil. Kini isteri ditidurkan hingga stabil dan suami pula ambil keputusan untuk rahsiakan kehilangan anak hingga tiba masanya.
Bapa tiga kanak-kanak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara petang semalam seboleh-bolehnya mahu merahsiakan kematian itu daripada isterinya.
ARTIKEL MENARIK:Besarnya peng0rbanan anak kecil ini, diikat dengan tali jadi ‘mata’ untuk ibu bapa c4cat penglihatan
Muhammad Alhafis Mohamad, 29, berkata, isterinya Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, masih belum sedarkan diri dan belum mengetahui nasib menimpa ketiga-tiga anak mereka.
Suami Ambil Keputusan Rahsiakan Kehilangan Anak
"Bila isteri sudah sedar, mungkin saya akan tunggu masa yang sesuai untuk beritahu mengenai kematian anak-anak… seboleh-bolehnya saya tak nak beritahu dulu," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Dia yang kelihatan lemah ditenangkan dan dipapah ahli keluarga ke bahagian ruang pekarangan forensik.
Keadaan lebih sayu, apabila kedengaran tangisan Muhammad Alhafis dan ahli keluarga yang tidak mampu menahan sebak atas pemergian ketiga-tiga mangsa.
"Saya minta maaf… saya minta maaf… semua dah tiada," luah Muhammad Alhafis.
Keputusan Rahsiakan Kehilangan Anak Hingga Tiba Masanya
Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik HRPB apabila keluarga hadir menunggu proses bedah siasat ketiga-tiga jenazah bermula jam 2 petang.
Dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang itu, Nur Aimi Nadiah parah, manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, maut di lokasi kejadian selepas Perodua Axia dipandu terbabas dan melanggar belakang treler di laluan kecemasan.
Kemalangan membabitkan kereta dan dua lori di Kilometer 272.5 PLUS arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang dekat Ipoh, Perak.
Kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.
Sementara itu Muhammad Alhafis menafikan dakwaan bahawa Nur Aimi Nadiah ke Melaka atas urusan mahkamah bagi menyelesaikan isu peribadi antara mereka, sebaliknya isterinya itu datang bercuti.
"Bukan urusan mahkamah, dia memang bercuti dan berjumpa dengan saya atas urusan keluarga, saya memang tinggal dan bekerja di Melaka," katanya.
Menurutnya, jenazah tiga anaknya akan dibawa pulang dan dikebumikan di Kampung Sungai Putat, Melaka.Isteri Ditidurkan Hingga Stabil
Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam nahas di Kilometer 272.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, kelmarin kini 'ditidurkan' sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya, bagi membolehkan pembedahan dilakukan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah, berkata kecederaan dalaman dialami Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, termasuk pendarahan di bahagian hati membuatkan beliau kini perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan.
Kemalangan yang menyebabkan Nur Aimi Nadiah mengalami cedera parah itu difahamkan turut mengakibatkan tulang rusuknya patah.
Nur Aimi Masih Tak Sedarkan Diri
"Mangsa masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kini dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Pembedahan ke atas Nur Aimi Nadiah hanya akan dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.
"Buat masa sekarang mangsa 'ditidurkan' sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya sebelum pembedahan dapat dijalankan," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Semalam, media melaporkan Nur Aimi Nadiah berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, pagi semalam.
MW: Pastinya sebagai suami dan bapa inilah keputusan terbaik buat Nur Aimi Nadiah memandangkan keadaannya yang masih belum stabil. Semoga Allah memberi kemudahan kepada Nur Aimi Nadiah untuk kembali pulih dan kuat untuk berdepan dengan ketetapan Ilahi.
Sumber: Berita Harian via Mingguan Wanita
Post a Comment