‘Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak’ Sekelip Mata, Macam Mimpi Mak PERGI Untuk Selamanya

‘Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak’ Sekelip Mata, Macam Mimpi Mak PERGI Untuk Selamanya

loading...

Ibunya tak ada tanda-tanda sakit, cuma sakit perut tiba-tiba. Kemudian anak ini, Umira Morad bawa ibunya ke klinik. Sampai rumah dia pun siapkan bubur nasi untuk ibu.

‘Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak’ Sekelip Mata, Macam Mimpi Mak PERGI Untuk Selamanya



“Mak makan sikit je.. tak sampai 2 sudu pun.” Anak ini tak sedikit pun menyangka. Itulah suapan terakhir ibunya sebelum dijemput Ilahi untuk selamanya.

ARTIKEL MENARIK:Isteri Ditidurkan Hingga Stabil, Suami Ambil Keputusan Rahsiakan Kehilangan Anak Hingga Tiba Masanya
loading...


Sebak baca catatan anak ini.

Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak


Mak pergi jua 12122020. Dari khamis mak tak lalu makan. Mak cakap sakit perut.. muntah-muntah tapi takda sisa. Angin ja keluar.. bawak mak gi klinik, doc cakap gastrik. Balik rumah sama jugak macam takda perubahan.

Jumaat tengahari buat bubur kat mak. Mak makan sikit-sikit ja tak sampai 2 sudu pun. Tengok mak makin tak boleh tahan. Mak dah mula cakap yang bukan-bukan.

Decide bawa gi hospital. Kena admit 2.45 pagi mak cakap mak lenguh. Tak boleh tidur. Duduk salah, mengiring salah, semua serba tak kena. Tak lama lepas tu tiba-tiba mak sejuk. Mak cakap, “Manja awat sejuk sangat ni.” Tiga helai selimut nurse bagi. Ketar-ketar mak bergegar katil wad.

Picit kaki mak, urut belakang mak, pegang tangan mak, peluk mak.
Mak cakap, “Manja mak lenguh ni.”
Ya mak, cheq picit mak..”
Pukul 4.45 pagi tiba-tiba mak senyap. Mak dah tak gerak. Doc bagitau jantung mak dah berhenti 25 minit dan dorang bantu dengan alat mesin dorang.. doc bagitau suruh bagitau keadaan mak kritikal pada semua family terdekat. Mak pergi usia 68 tahun jam 10 pagi.

Doc sahkan jangkitan kuman usus. Doakan arwah mak ya, SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN.

Innalillahiwainnailahirojiun
al-Fatihah

Arwah Mak Pergi Senyum Ja..

Jelas anak ini lagi, catatannya ini sekadar mahu berkongsi kenangan bubur terakhir ibunya. “Takda niat nak raih simpati atau meratap kematian.

Cuma Mira rasa perlukan sokongan untuk terus kuat. Perlukan ruang untuk lepaskan apa yang terbuku di hati.”

Katanya, ibunya sakit sekejap sangat. “Sekelip mata mak yang dicintai pergi. Rasa kelan dunia hanya Allah ketahui. Arwah mak pergi senyum ja..macam tengah tidur. Muka mak bersih bersinar ja tengok.. mandikan mak pun mudah. Orang mandikan mak cakap sendi-sendi mak lembut senang nak mandikan. Sempat ambilkan wuduk tuk mak buat kali terakhir.

Orang yang mandikan mak juga sedekah semua upah yang depa terima, depa bagi balik depa sedekah untuk mak.

Sembahyangkan jenazah mak pun budak-budak tahfiz turut serta sekali solat dan mendoakan mak.. terima kasih semua yang mendoakan mak, yang uruskan jenazah mak, yang hadir tengok arwah mak.. terima kasih sangat-sangat.

Loading...
loading...


Mak Dah Pergi Ikut Arwah Kakak, Abang


Mira pernah kehilangan arwah akak dan abang.. yes kami 3 beradik saja. Lepas akak dan abang takda memang Mira jaga mak ayah.. Cuba semampu boleh tunaikan apa yang mak ayah nak. Teringin nak makan apa cepat-cepat belikan. Jangan tangguh-tangguh. Sekarang mak dah takda.. mak dah pergi ikut arwah abang dan akak. Doakan Mira serta keluarga untuk kuat terima ujian ni.

Hidup mesti diteruskan. Percaya qada qadar Allah. Allah uji sebab Allah sayang.. Allah uji sebab Dia tahu kita mampu. Alhamdulillah Mira bersyukur. Sekarang tinggal ayah sendirian. Mira akan jaga ayah.. akak, abang, mak jangan risau.. manja akan jaga.

Manja tu nama panggilan mak selalu panggil.. dah takda sapa lepas ni panggil manja dah.

Terima kasih korang hadir dalam komen untuk berikan kekuatan pada kami sekeluarga.. TQ suami tersayang, sebab awak saya kuat.

To anak-anak sedara kaklong, kakngah, abang chik, sama-sama tolong maksu jaga tokwan na.. Tu ja satu-satunya kekuatan yang kita ada sekarang ni.”

MW : Sebak kisah bubur nasi terakhir untuk mak ini. Al Fatihah.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa Allahyarham SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN dan tempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.

Sumber/Foto : Umira Morad via Mingguan Wanita




-----------------------------------------------------------------
loading...



Post a Comment

Previous Post Next Post