Besarnya peng0rbanan anak kecil ini, diikat dengan tali jadi ‘mata’ untuk ibu bapa c4cat penglihatan

Besarnya peng0rbanan anak kecil ini, diikat dengan tali jadi ‘mata’ untuk ibu bapa c4cat penglihatan

loading...

Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak-anak tambah pula yang masih kecil, tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu, Filipina apabila gambar-gambar seorang kanak-kanak lelaki yang masih kecil diikat tali di badan oleh ibu dan bapanya.

Besarnya peng0rbanan anak kecil ini, diikat dengan tali jadi ‘mata’ untuk ibu bapa c4cat penglihatan



Jika dilihat pada mulanya keadaan tersebut mungkin akan kelihatan pelik namun setelah diamati dengan teliti, rupa-rupanya ibu bapa kanak-kanak berkenaan merupakan golongan 0KU yang mempunyai masalah penglihatan.

ARTIKEL MENARIK:Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun
loading...




Lebih membuatkan ramai tersentuh, kanak-kanak berkenaan dilihat tersenyum dengan sangat comel walaupun terikat dengan kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan.



Loading...
loading...



Mendapat maklumat daripada penduduk sekitar mengatakan bahawa, anak beranak ini bukannya berasal dari bandar berkenaan, tetapi mereka semua menetap di kawasan gunung.


Indentiti dan juga maklumat penuh satu keluarga ini masih lagi belum dapat dikenal pasti. Walau apapun, foto-foto ini telah menyentuh perasaan dan memberikan inpirasi kepada ramai pihak.

Gembirakanlah ibu bapa

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanyalah kepada mana-mana pasangan ibu bapa, tentu saja semuanya sanggup melakukan apa saja demi cahaya mata tercinta.

Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang, penat lelah ditolak ke tepi asalkan anak dapat membesar dengan sebaiknya.

Ada yang sanggup berlapar asalkan anak cukup makan, ada pula yang rela menyarung pakaian lusuh demi mengumpul wang membelikan keperluan anak.

Ternyata pengorbanan setiap ibu bapa perlu dikenang, walaupun tidak mengharapkan sebarang balasan, tanggungjawab sebagai anak perlu digalas sebaik mungkin terutama apabila anak meningkat dewasa.

Mengulas mengenai tanggungjawab anak kepada ibu bapa, pakar motivasi Dr HM Tuah Iskandar berkata, tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan dua individu paling berharga dalam kehidupan kita.

“Gunakan sebaik mungkin peluang dan ruang yang ada terutama apabila dua keramat hidup itu masih bernyawa. Walaupun tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka, cubalah sedaya upaya memberikan kebahagiaan.

“Ini bukan soal wang kerana rata-rata ibu bapa terutama yang sudah berusia sebenarnya mengharapkan perhatian dan kasih sayang tidak berbelah bagi daripada anak,” katanya.

Menurutnya, seperti semua sedia maklum, golongan berusia agak sensitif dan disebabkan itu cuba pendekatan yang lebih lembut.

“Apabila duduk bersama ibu bapa, duduklah dekat-dekat kerana ia antara cara yang dapat membuatkan mereka rasa disayangi. Jika anda mahu mengucapkan atau mengulas sesuatu perkara, pastikan mereka sudah berhenti bercakap dan jangan sesekali mencelah ketika mereka sedang berbicara.

“Dengar percakapan mereka dan sambutlah dengan perkataan yang menunjukkan anda memberi perhatian kepada perbualan. Perkara ini nampak kecil dan remeh tetapi ia sangat penting serta memberi impak besar kepada perhubungan dengan ibu dan ayah. Ia juga akan membuatkan ibu dan ayah berasa dihargai.

“Usah sesekali menyalahkan pendapat mereka walaupun sesetengah perkara itu bercanggah dengan pandangan anda. Sebaliknya, sabarlah dalam melayani ibu bapa seperti mana mereka sabar ketika menjaga kita sewaktu kecil,” ujarnya.

Katanya, sekiranya tidak tinggal bersama, keraplah bertanya khabar sekurang-kurangnya menghubungi melalui panggilan telefon. Apabila berhubung melalui telefon, cubalah bersikap adil kepada ibu dan bapa. Jika kita berbual 10 minit dengan ibu, luangkan 10 minit juga untuk bapa.

Tidak dapat dinafikan kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu dan biasanya akan mencari ibu setiap kali menghubungi mereka. Ramai yang selesa dan boleh bersembang lama dengan ibu dan sekadar bertanya satu atau dua soalan kepada bapa, sedangkan dia juga mengharapkan perhatian yang sama. Tanpa kita sedar, bapa berkecil hati dan terasa seperti dirinya tidak lagi diendahkan atau disayangi.

“Namun sebaik-baiknya, luangkan masa sekerap mungkin pulang ke kampung kerana itu adalah langkah terbaik untuk memberikan kegembiraan kepada ibu bapa. Manfaatkan masa kita sebaik-baiknya sementara mereka masih ada, walaupun kita tidak tahu siapa yang akan ‘pergi’ dulu. Dengan meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa, kita dapat mencipta kenangan indah yang sangat berharga dan tidak dapat dibeli.

“Dalam pada itu, biasakan diri meminta maaf walaupun tidak berbuat apa-apa kesalahan selain memohon doa daripada mereka. Diingatkan anak juga perlu mendoakan ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, walaupun apa yang dikatakan ini agak klise dan hampir semua anak tahu akan tanggungjawab masing-masing, dalam tidak sedar ramai yang masih mengabaikan tanggungjawab sebagai anak.

“Banyak cara mudah untuk menggembirakan mereka (ibu bapa) kerana kasih sayang dan perhatian adalah perkara yang paling diharapkan.

“Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan jaga mereka seikhlas mungkin demi mendapatkan keberkatan dunia akhirat,” ujarnya.

 

Sumber: CDN | Transformasi | HM online via Trending Kini




-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post