M.Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

M.Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas

TELUK INTAN – Penyanyi veteran, Datuk Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai M.Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan di sini petang ini selepas mengadu sesak nafas.

M.Daud Kilau masuk hospital kerana sesak nafas



Menurut anaknya, Ahmad Zaini, bapanya yang berumur 82 tahun itu mengadu sesak nafas sejak semalam dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum kembali sesak nafas semula pagi ini.

ARTIKEL MENARIK:Siap Bervideo Dengan Anjing, Ada Anjing Peliharaan Sendiri, Netizen Persoal Agama Penyanyi Afgan


“Kami membawanya ke klinik tetapi dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada pukul 3.15 petang tadi. Keadaan ayah agak lemah namun stabil dan dia juga boleh bercakap,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Ahmad Zaini turut berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya yang berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lepas.



Loading...
loading...


Pelantun lagu Cek Mek Molek yang juga sering dirujuk sebagai Raja Gelek itu mempunyai penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang, selain keadaan jantung tidak stabil. – Bernama

Kredit - bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post