Pengusaha bas ekspres di Johor bimbang kerana berkemungkinan berhadapan dengan tindakan gulung tikar berikutan tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan selain terpaksa membayar ansuran pinjaman, jika tiada langkah untuk menyelamatkannya.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Negeri Johor Datuk Suchdav Jotisroop berkata di negeri itu terdapat kira-kira 13 pengusaha bas ekspres dan 90 peratus daripada mereka terkesan, selain kini mengambil tindakan memberhentikan operasi buat sementara waktu.
ARTIKEL MENARIK:(Video) 'Kenapa tak halakan kemarahan pada Menteri Kesihatan yang gagal berfungsi?' - Lim Kit Siang pertikai tindakan MP Bintulu serang Dr Noor Hisham
Beliau berkata tindakan itu telah mengakibatkan 2,000 pekerja tidak dapat bekerja apabila kira-kira 700 bas tidak beroperasi seperti sebelum ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Sekarang ini adalah kali ketiga pengusaha bas ekspres tidak boleh beroperasi secara keseluruhannya bermula daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac hingga 3 Mei sebelum disambung dengan PKPB bermula 4 Mei hingga 9 Jun lalu.
"Walaupun dibenarkan beroperasi semula dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun namun kapasiti penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres hanya sekitar lima hingga tujuh orang untuk satu perjalanan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kluang hari ini.
Suchdav berkata keadaan itu telah menyebabkan sesebuah syarikat hanya mampu beroperasi dengan sekitar 20 peratus sahaja daripada jumlah bas yang mereka miliki kerana tidak mampu menanggung beban operasi.
Beliau berkata berikutan pelaksanaan PKPB bermula 9 Nov lepas, pihaknya sekali lagi memberhentikan perkhidmatan sehingga tamat 6 Dis ini.
"Setiap bulan, semua syarikat bas ekspres perlu membayar ansuran pinjaman sekitar RM15,000 hingga RM20,000 malah ada yang lebih tinggi lagi bergantung dengan jumlah bas yang mereka miliki.
"Kami amat berharap dengan adanya bantuan terutama daripada kerajaan akan dapat membantu pengusaha bas ini untuk mengatasi masalah bayaran balik pinjaman bagi mengelakkan bas milik syarikat ditarik,” katanya.
- Bernama
Kredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment