Hadiah yang paling berharga buat seorang suami ialah apabila isterinya telah berjaya melahirkan cahaya mata mereka dan hadiah buat isteri pula ialah apabila dapat melihat si suami gembira.
Sebagai tanda terima kasih terhadap isteri, suami kepada pelakon Emma Maembong iaitu Muhammad Shazli Azhar telah memberikan kejutan buat isteri yang tercinta.
ARTIKEL MENARIK:Cat Farish selamat menamatkan zaman dudanya bersama Pereka Fesyen ini. Warganet tumpang gembira dan turut mendoakan.
Thank you sayang… Thank you so much! Menurut Emma, kejutan itu diterimanya selepas pulang dari hospital sesudah melahirkan putera sulung mereka pada 8 November lalu. Emma kelihatan sangat sebak dengan kejutan yang diberikan itu dan sangat berterima kasih kepada Shazli.
warganet turut tumpang gembira melihat reaksi Emma dan ada juga yang turut memuji kecantikannya walaupun tanpa secalit make up. Lebih melucukan ada netizen yang tinggalkan komen bahawa ketika Emma lap air mata menggunakan baju itu saling tak tumpah seperti reaksi seorang mak mak yang sedang menangis kegembiraan. Of course la, Emma kan dah bergelar ibu sekarang ni.
Kini Emma sedang dalam tempoh berpantang dan buat masa sekarang mereka masih belum mengumumkan nama putera mereka, so kita tunggu je okay! Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HOT.FM
Muat Naik Foto Emma Maembong Bersama Ank Tiba Tiba Wajah Ank Jadi Buah Mulut Warganet. Siap Kaitkan Dengan Zizan Razak Lagi. Rupa Rupanya Ini Punca.
Memaklumkan isterinya Emma Maembong telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu, suami kepada pelakon tersebut iaitu Shazlin Azhar tampil mendedahkan gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.
Perkhabaran itu meraih pelbagai kata pujian daripada pengikut pelakon tersebut dan tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah atas anugerah Allah SWT yang tidak ternilai itu. Malah perkongsian itu juga telah menamatkan segala teka teki dan tanda tanya peminat mengenai desas-desus isterinya dilaporkan sudah bersalin oleh beberapa portal media semalam.
Rentetan itu, sebaik sahaja pihak kami berkongsi semula foto zuriat mereka di laman Facebook BeautifulNara, ramai dalam kalangan warganet dilihat tidak henti-henti memuji kecomelan bayi tersebut. Selain menitip kata-kata pujian, ada pula yang tampil bersuara dan mengutarakan pendapat bahawa hidung anak lelaki mereka mirip bekas teman lelaki Emma iaitu pelawak Zizan Razak.
Bagaimanapun, wujud segelintir pihak seakan menyelar kenyataan itu dan menyatakan bahawa bayi tersebut mengikut rupa paras bapanya yang berhidung mancung. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka. Untuk rekod, Emma telah sah berkahwin dengan Shazli di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: beautifulnara
Lepas Je 3 Minggu Nikah Tak Sangka Pulak Saya Dah Jadi Macam Ini. Emma Maembong Dedahkan Sesuatu Ketika Memegang Bayi Di Atas Pangkuannya Sehingga Mendapat Perhatian Warganet.
Pelakon Emma Maembong mendedahkan dirinya selalu mengimpikan sebuah keluarga sendiri. Malah, rasa teruja itu sering hadir andai mendukung permata hati kakak atau abangnya yang baru lahir. Menitip kata di Instagram, Emma turut menzahirkan rasa syukur selepas dikurniakan rezeki zuriat selepas lebih tiga minggu mendirikan rumah tangga.
“I have always wanted a family of my own. Everytime i hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach. “Masa ni after 3weeks of my nikah i didn’t expect yg i dah pregnant and baru start rasa nausea n pening. all i really want to say is. “Alhamdullilah. We plan, and Allah plans..indeed Allah is the best of planner,” tulisnya pada perkongsian video yang merakamkan dirinya memangku bayi pada hari bahagianya.
Muat naik itu ditonton lebih 700,000 kali bersama ratusan komen yang rata-ratanya tidak sabar menantikan ahli keluarga baru dalam hidupnya selain mendoakan agar dipermudahkan urusan. Imbas kembali, Emma mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.-MH
Foto: Instagram Emma Maembong
Emma Maembong buat satu pengakuan setiap hari jam 3 pagi dia akan bangun dan mintak benda ni dekat suami dia. Mengejutkan tk sangka sampai macam tu sekali perangai Emma.
Sedang meniti fasa tempoh kehamilan pasti ia memberi banyak pengalaman manis dan pahit buat mereka yang bakal bergelar ibu bapa. Baru-baru ini Emma Maembong berkongsikan pengalamannya berbadan dua yang asyik terasa lapar.
Kata Emma lagi, dia akan terjaga dari tidur pada jam 3 hingga 4 pagi kerana lapar sangat. Ujarnya, disebabkan itu suaminya sudah bersiap sedia membelikan makanan untuknya jika terjaga pada waktu tersebut Turut berkongsikan videonya sedang menikmati makanan, ramai yang memuji Emma tetap cantik meskipun baru bangun tidur.
Kata warganet lagi, itu perkara normal ketika hamil dan mungkin kerana anak dalam kandungan yang lapar. Malah, ada dikalangan warganet berkongsikan pengalalaman mereka sering terjaga lewat malam lebih-lebih lagi apabila tinggal beberapa bulan sahaja lagi tibanya waktu bersalin.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: rotikaya
Perut Tiba Tiba Sahaja Mengeras. Emma Maembong Bongkarkan Kejadian Sebenar Yang Berlaku Dan Ini Tindakan Drastik Yang Emma Buat Untuk Redakan Keadaan
Pelakon Emma Maembong yang kini hamil enam bulan melalui detik mendebarkan apabila perutnya tiba-tiba mengeras.Menurut Emma, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran.Emma yang merasai perubahan pada bahagian perutnya itu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan berehat seketika.
Posting itu juga disertakan video pendek merakamkan dirinya sedang duduk sambil mengusap perutnya.“Masa ni tengah sh00ting dan tiba-tiba perut saya rasa keras. Jadi duduk rehat-rehat dulu, sakit sangat-sangat tapi cuba tenang dan selawat.“Urut-urut perut sikit, lepas beberapa minit… Alhamdulillah okay dah. Jadi mulakan kerja balik,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Emma dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.“Jaga kesihatan jangan stre3ss. Bagus Emma berselawat selalu,” tulis @maksuu6“Sama macam saya, kadang-kadang tu sebab terlebih kerja lepas tu baby mengeras, baring, relax usap-usap dia, minum atau makan sikit okay dah. Jaga diri mummy dan baby,” komen @niniee8Terdahulu, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.-vanilla
Emma Maembong Muatnaik Tentang Rumah Baru Di Ig. Tapi Mengejutkan Benda Lain Pula Yang Warganet Nampak. Sampai Macam Tu Sekali Emma Maembong Buat.
Pelakon Emma Maembong sudah tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru bersama suami tercinta, Muhammad Shazli Azhar. Menerusi laman sosial Instagram, Emma berkongsi foto di ruangan ruang tamu yang kini dalam proses memasang hiasan dalaman sebelum ia boleh diduduki.
“Saya dan suami @shazli_a tak sabar tak sabarnya nak tunggu rumah baru siap. Macam ni pun dah boleh nampak lawa. Tak sabar nak tunggu hasilnya,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
KOMEN WARGANET :
Rumah yang dicat serba putih itu kelihatan sangat cantik dengan hiasan cermin melatari ruangan dinding utama. Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memuji kecantikan hiasan dalam rumah Emma yang hampir siap itu.
“Tak sabar nak datang rumah dia,” komen Aprena Manrose. “Bestnya! Tahniah Abli dan Ema,” kata Yaya Zahir. “Alhamdulillah semoga Emma selesa dengan rumah baru ni dan untuk baby juga nanti,” doa seorang wargamaya. “Nanti wajib buat house tour ya, tak sabar nak tengok rumah Emma,” tulis seorang wargamaya.
“Seronoknya baby nanti duduk rumah baru,” puji seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 68,000 tanda suka daripada warga Instagram. Imbas kembali, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak
Nama Anak Ringkas Sahaja. Beby Maembong Dedahkan Nama Dan Jantina Anak Sehinggakan Meraih Perhatian Pengikutnya
Kakak kepada pelakon Emma Membong, Beby Maembong selamat menimang cahaya mata ketiganya 25 Ogos lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Puteri itu dilahirkan dengan berat 3 kilogram kira-kira jam 10.55 malam.
Ibu kepada tiga permata hari itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram selain turut berkongsi perkembangan terkininya. “Assalamualaikum semua aunty uncle. Lama kan kita tunggu nak tahu suprise jantina saya. Im a GIRL!! Nama saya puteri @bebyeejunior. Umur saya 5hari.
“Tarih lahir saya 25aug2020. Lahir pukul 10:55malam. Mummy teraaan 3kali je saya dah melompat keluar. Xsampai seminit push. “Alhamdulillah sangat mudah mummy lahirkan saya. Berat saya 3KG je tp pipi saya bambam macam mummy.
“Kulit saya masih merah.. Saya ada lesung pipit dan lesung dagu.. Eeh ada ke lesung dagu? Sebab dagu saya pon ada lekuk. Sayang semuaa,” titipnya.Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut usahawan yang juga bintang media sosial ini memberikan dedikasi serta ucapan tahniah.Terdahulu, namanya pernah meraih perhatian apabila fotonya berpakaian mirip duyung tular di media sosial.Foto: Instagram Beby Maembong
Alamak tertukar suami. Terkejut foto suami Emma Maembong macam cermin. Habis Emma tertukar suami
Emma Maembong merupakan pelakon jelita yang sering menarik tumpuan peminat dan warganet dengan pelbagai watak yang dibawanya di kaca televisyen. Selain memiliki rupa paras, pelakon berusia 28 tahun ini turut disukai ramai kerana bakat lakonannya yang sentiasa menjadi.
Biarpun begitu, Emma Maembong kini dilihat semakin bahagia disisi suami yang dikahwininya pada Februari lalu dan lebih membuatkan peminat teruja melihat pelakon berkenaan kerana dia kini sedang hamil cahaya mata sulungnya.
Walau bagaimanapun, oleh kerana Emma sering menjadi tumpuan warganet dan peminat, tidak mustahil juga suaminya untuk mendapat perhatian peminat isterinya itu dan ternyata, laman Instagram Shazli diikuti ramai followers.
Tidak disangka-sangka, perkongsian terbaru suami Emma Maembong ini juga menerima pelbagai reaksi warganet apabila dia memuat naik dua keping foto. Seperti yang sudah diketahui peminat, suami pelakon ini mempunyai saudara lelaki kembar dan pernah melihatnya menerusi perkongsian sebelum ini
namun gara-gara foto ini dimana Shazli dan kembarnya ini kelihatan terlalu sama membuatkan warganet tinggalkan pelbagai reaksi diruangan komen. Ada juga peminat Emma Maembong akui sukar untuk membezakan suaminya itu kerana kedua-duanya itu dikatakan bukan kembar namun seperti orang yang sama.
Besarnya perut Emma padahal baru 4 bulan. Rupa rupanya ini yang Emma Maembong bongkarkan tentang kandungannya
TEKA-TEKI mengenai Emma Maembong sudah berbadan dua akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa. Emma atau nama sebenarnya Fatima Rohani Ismail, 28, memberitahu dia dan suaminya iaitu Shazli Azhar berasa teruja untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka. “Berbulan madu pertama buat kami dan percutian terakhir berdua dengan suami saya. Tak sabar nak jumpa baby saya,” kata Emma secara ringkas di laman sosial miliknya. Emma berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa foto dia bersama suami dan memperlihatkan baby bump di laman sosial miliknya.
Emma berkongsi berita gembira itu di laman sosial miliknya. Bagaimanapun pelakon drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu tidak mendedahkan usia kandungannya. Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Emma dan suaminya serta mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan. Emma dan Shazli Azhar, 32, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu di Bukit Damansara, Petaling Jaya. Menerusi perkongsian Emma kini sedang bercuti dengan suami dan beberapa rakan selebriti antaranya pelakon Aprena Manrose. Suami Emma, Shazli turut berkongsi foto memperlihatkan baby bump isterinya.
Dalam pada itu, Aprena turut memuat naik video pasangan itu sedang sibuk berkongsi berita gembira mengenai kehamilan itu di laman sosial. Menurut Aprena, pasangan itu sanggup tidak menjamah makanan demi berkongsi berita itu dengan peminat kesayangan mereka. “Emma dan Shazli okay busy nak upload untuk beritahu yang dia sudah berbadan dua sampai tak makan untuk peminat kesayangannya. Jadi, dah terjawab soalan anda semua. “Doakan semuanya berjalan lancar ya. Tahniah anda berdua. Sayang anda berdua,” kata Aprena.- Sumber mstar
Emma Maembong tertukar suami. Pelik satu posting terbaru suami Emma buat warganet terkedu dan risau
Pelakon Emma Maembong seringkali memuat naik perkembangan kerjaya dilaman Instagram malah dia juga sporting berkongsikan momen sweet bersama suami, Muhammad Shazli kepada peminat. Ternyata, Instagram suami selebriti ini juga menjadi perhatian warganet dimana dia mempunyai lebih 170,000 followers dan sering memuat naik foto bersama di laman sosial berkenaan yang turut meraih perhatian dengan menerima ribuan tanda suka.
Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka perkongsian foto terbaru Shazli di Instagram menjadi buah mulut warganet apabila dapat melihat wajah kembar suami kepada selebriti ini. Malah, warganet juga menyangka bahawa suami Emma Maembong ini mengedit foto berkenaan kerana melihat dua orang yang memiliki banyak persamaan. Namun begitu, sebelum ini pernah tular mengenai hal itu apabila Emma Maembong ada mendedahkan bahawa suami yang berusia 32 tahun ini memiliki saudara lelaki kembar.
Jadi tidak mustahillah, warganet dapat melihat seseorang yang sama dengan suami pelakon berkenaan. Di ruangan komen, rupa-rupanya masih ada yang tidak tahu bahawa suami kepada Emma Maembong ini memiliki kembar malah foto dikongsikan juga membuatkan orang ramai tidak dapat membezakan yang mana satu suami pelakon tersebut. Sumber : Instagram Shazli, HCL
Posting terbaru Emma Maembong telah mengundang kerisauan para peminatnya. Rata rata mendoakan Emma agar kembali sihat seperti biasa.
Jangkitan bakteria adalah jangkitan disebabkan oleh bakteria. Bakteria penyebab penyakit disebut bakteria patogenik. Bakteria menyebabkan jangkitan melalui saluran pernafasan, luka terbuka, sentuhan lansung dengan haiwan terjangkit atau pengambilan makananan yang tercemar. Bakteria menyerang tubuh badan dan melemahkan sistem imun. Kebiasaannya, simptom jangkitan bakteria tertumpu pada satu bahagian tertentu dalam badan. Akan tetapi, majoriti jangkitan bakteria berlaku disebabkan “terjaganya” bakteria jahat yang menghuni di dalam badan anda setelah dicetuskan oleh peristiwa tertentu seperti jangkitan virus yang sedang atau telah berlaku.
Demam panas mengejut, rasa lemah tidak bermaya kemudian disusuli selesema dan batuk berpanjangan sehingga terasa dada sempit. Biasanya kita mengaitkan demam itu dengan faktor persekitaran yang sering dilabel sebagai punca sedangkan ia mungkin disebabkan jangkitan daripada pesakit lain yang berada di tempat sama, boleh jadi juga berdiri di sebelah kita. Sebenarnya ada banyak faktor menyebabkan kita demam. Ia juga boleh disebabkan jangkitan kuman sehingga menjejaskan fungsi organ penting dalam badan seperti otak sebaik saja ia berjaya memasuki saluran cairan merah. Implikasinya ialah pesakit terdedah kepada lebih serius.
Perkongsian terbaru dari Emma Maembong, dipercayai di muat naik oleh adminnya, mengatakan Emma kini berada di hospital kerana demam tinggi dan jangkitan bakteria. Emma dimasukkan ke hospital malam semalam. Adminnya juga minta doa peminatnya supaya Emma cepat sembuh. Hi guys this is Emma’s admin.. just for info Emma got admitted last night due to a very high fever n bacterial infection. pray for her speedy recovery ok? thank you.
Rata-rata peminatnya doakan supaya Emma cepat pulih dan sembuh. Jangkitan bakteria dianggap serius kerana jika tidak diberi rawatan awal, pelbagai kemudaratan boleh berlaku. Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan antibiotik. Antibiotik boleh melawaan atau mencegah pertumbuhan bakteria. Pencegahan jangkitan bakteria termasuklah, amalan gaya hidup yang sihat, elakkan pengambilan makanan dan minuman tercemar, selalu mencuci tangan dengan bersih dan pengendalian makanan yang bersih. Mari kita sama-sama doakan supaya Emma Maembong cepat pulih seperti biasa.Amin.- Sumber : IG Emma MaembongKredit -
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment