Identiti Mayat Lelaki Yg Ditemui Di Jalan Bangsar Baru-Baru Ini Dikenal Pasti.

Identiti Mayat Lelaki Yg Ditemui Di Jalan Bangsar Baru-Baru Ini Dikenal Pasti.

Kuala Lumpur: Identiti mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di dada, leher dan kemaluannya di Jalan Bangsar, Khamis lalu sudah dikenal pasti.

Identiti Mayat Lelaki Yg Ditemui Di Jalan Bangsar Baru-Baru Ini Dikenal Pasti.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa adalah warga Pakistan berusia 25 tahun dan ia disahkan bekas isterinya yang tampil membuat pengecaman.

ARTIKEL MENARIK:Mayat Atas Jalan Dengan Kesan Kelar Di Leher


Menurutnya, wanita tempatan berusia 31 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields jam 4.30 petang semalam bagi membantu siasatan.

“Turut hadir, seorang lelaki warga Pakistan yang mendakwa rakan kepada mangsa. Wanita terbabit mendakwa sudah bercerai dengan mangsa sejak Oktober lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar berkata, mereka melakukan pengecaman berdasarkan gambar dan pakaian mangsa, namun pengecaman tubuh akan dilakukan esok di Jabatan Patalogi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Mangsa dikatakan pernah menjalankan perniagaan menjual minyak wangi bersama bekas isterinya, namun selepas bercerai dia sudah tidak bekerja.



Loading...
loading...


“Semakan dengan pihak imigresen mendapati pasport mangsa sah sehingga Februari depan,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan apabila dada, leher dan kemaluannya dikelar.

Mayat ditemui orang awam jam 5.30 pagi di atas jalan raya dipercayai dicampak dari kenderaan.

Kejadian itu menyebabkan jalan itu ditutup sejam bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Metro
Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post