Mayat Atas Jalan Dengan Kesan Kelar Di Leher

Mayat Atas Jalan Dengan Kesan Kelar Di Leher

Kuala Lumpur: Mayat lelaki ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di leher di jalan raya di Jalan Bangsar, hari ini.

Mayat Atas Jalan Dengan Kesan Kelar Di Leher



Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan berkenaan pada jam 5.38 pagi.

ARTIKEL MENARIK:Sebuah Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuhraya Utara-Selatan


“Susulan itu sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui sebarang pengenalan diri dan dipercayai berusia 30-an,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zairulnizam berkata, siasatan lanjut pasukan forensik mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.



Loading...
loading...


“Mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan, polis juga sedang mengesan keluarga atau waris mangsa. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menyalurkan kepada polis,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, laluan di Jalan Bangsar ditutup kira-kira sejam bagi memberi ruang pasukan forensik melakukan siasatan.

Sumber : HMetro
Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post