Kulai: Dua juruterbang pesawat ringan yang mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, selamat tanpa sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusoff berkata, kedua juruterbang berkenaan adalah warga Singapura.
ARTIKEL MENARIK:Sebuah Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuhraya Utara-Selatan
Menurutnya, pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B itu dikendalikan Dr Yang Kuang Ying, 52, dan juruterbang kedua, Saleehullah Abdul Majid, 41.
“Maklumat awal, pihak kami dimaklumkan bahawa pesawat ringan mengalami kerosakan enjin.
“Pesawat berkenaan sudah dialihkan ke kawasan lapang berumput kira-kira 100 meter dari lokasi ia mendarat bagi melancarkan pergerakan trafik.
Loading...
loading...
“Proses mengalihkan pesawat mengambil masa 30 minit membabitkan pihak bomba, polis serta PLUS,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.13 pagi dan menggerakkan satu jentera bersama kekuatan 10 anggota ke lokasi.
Sumber : Metro
Kredit - KHALIFAH MEDIA NETWORKS.
Post a Comment