'Bila ditanya, takkan nak menipu?'

'Bila ditanya, takkan nak menipu?'

loading...

DALAM apa juga situasi, keluarga akan sentiasa menjadi keutamaan.

'Bila ditanya, takkan nak menipu?'



Bagi penyanyi Ashira Aziz, anak adalah keutamaan dan menjadi sumber semangat untuk dia terus mengubah kehidupannya.

ARTIKEL MENARIK:“Saya Boleh Mati Bila-Bila Masa Saja..”
loading...


Layak ke peringkat suku akhir Gegar Vaganza 7 (GV7), Asyira kini mengakui lebih bersemangat apabila berpeluang bertemu anaknya, Megat Shazril Haziq Hadi, baru-baru ini.

"Selepas beberapa bulan menyertai GV7, saya tak dapat berjumpa dengan anak lebih-lebih lagi selepas kami keluar dari rumah sewa," katanya.

Menurut Ashira, anaknya yang kini berusia 14 tahun juga adalah penonton setia GV7 dan sentiasa menitipkan komen bernas buat dirinya.

"Selepas berbulan-bulan tak dapat jumpa anak, dapat jumpa saja depan mata terus saya rasa bersemangat. Saya bawa dia makan dan sebagainya. Setiap hari dia akan mesej saya dan meminta untuk lakukan yang terbaik. Bila nak jumpa saya, dia akan kemas baju banyak-banyak," katanya.

Ketika sidang media GV7 lalu, Ashira berkongsi mengenai dirinya dan anak yang diminta keluar dari rumah sewa kerana tidak mampu melunaskan sewa tertunggak.

Ditanya mengenai kecaman dan dakwaan dia sering menggunakan kisah sedih untuk meraih simpati penonton serta juri, Ashira menafikannya.

"Saya tak ada niat untuk meraih simpati. Apa yang berlaku dalam kehidupan saya (kehilangan pekerjaan) sewaktu dalam krisis Covid-19 ini turut dirasakan ramai orang. Cumanya, mungkin pekerjaan saya sebagai penyanyi kelab malam dan bukan pekerjaan yang bagus di mata netizen, mereka menulis kecaman. Saya pun bukan jenis suka berkongsi mengenai kehidupan, tapi bila ditanya, takkan saya nak menipu. Jadi, saya kongsikan cerita sebenar," katanya.

Menurut penyanyi lagu Di Ombak Resah ini, jika benar dia menggunakan elemen simpati untuk menarik perhatian juri, sudah tentu dia akan berada di tangga teratas setiap minggu.

"Ada juga netizen yang cakap, saya meraih simpati juri. Kalau benar begitu, mestilah saya tak akan berada di tangga bawah. Tapi, hampir setiap minggu saya berada di dalam kumpulan markah terendah.



Loading...
loading...


"Apa-apa pun, netizen berhak bersuara dan saya pun bukan jenis yang terlalu banyak membaca komen. Ayah saya sendiri pun nasihatkan supaya tak membaca komen," katanya.

GV7 platform terbaik untuk Ashira naikkan semula namanya sebagai penyanyi.
GV7 platform terbaik untuk Ashira naikkan semula namanya sebagai penyanyi.

Malam ini, Ashira akan mempersembahkan lagu Nur Kasih yang pernah dipopularkan kumpulan Slam pada konsert suku akhir GV7.

"Seperti biasa, saya belajar vokal di bawah bimbingan guru vokal, Bob Yusof. Selain itu, sebagai persediaan untuk mempersembahkan lagu Nur Kasih, saya juga menghubungi Abang Johan Aziz, pengurus kumpulan Slam untuk lebih memahami mesej atau jalan cerita dalam lagu itu," katanya.

Ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas GV7, Ashira berkata, ini adalah platform terbaik untuknya menaikkan semula namanya sebagai penyanyi.

"Kalau bukan sebab GV7, saya tak mungkin berada di posisi sekarang. Jadi, ini adalah platform terbaik buat diri saya. Sekurang-kurangnya, kalau dah habis GV7, ada satu single untuk saya keluarkan pun sudah membuatkan saya gembira," katanya.

Apa yang pasti, Ashira sentiasa berharap agar peminat akan menerima karya dan kemunculannya selepas ini.


Kredit - hmetro



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post