'Kasut ni barang kes, bukan untuk dijual'- Ketua Polis Johor

'Kasut ni barang kes, bukan untuk dijual'- Ketua Polis Johor

loading...

Kuala Lumpur: Gara-gara sepasang kasut 'epik' Nike Air Jordan, siaran langsung sidang media Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mencuri tumpuan warganet apabila ada yang bertanya tentang harga kasut berkenaan.

'Kasut ni barang kes, bukan untuk dijual'- Ketua Polis Johor



Sidang media oleh Ayob Khan itu dibuat susulan penahanan tiga lelaki termasuk seorang yang bergelar 'Datuk' dalam skim pelaburan yang tidak wujud membabitkan matawang asing.

ARTIKEL MENARIK:JASA ditukar nama ke J-KOM, fungsinya berbeza dangan Jabatan Penerangan - Menteri KKMM
loading...


Tumpuan sidang akhbar berkenaan mencuri tumpuan warga net apabila Ayob Khan menunjukkan kasut eksklusif, Nike Air Jordan yang dikeluarkan dalam kuantiti terhad.

Ayob Khan berkata, kasut berkenaan adalah sebahagian daripada pelbagai barangan yang dirampas termasuk jam jenama Rolex, jam Hublot dan telefon pintar.

Beliau berkata, sepasang kasut berkenaan adalah barang kes dan bukannya untuk bidaan atau dilelong.



Loading...
loading...


Satu akaun Facebook, AF Viral Empire turut memuat naik tangkap layar ketika sidang media Ayob Khan yang mempamerkan kasut Nike Air Jordan berkenaan.

Berdasarkan akaun FB itu, kasut berkenaan adalah model Nike Air Jordan 1 Low X Dior dan menerusi pasaran semasa, ia dijual pada harga sekitar RM20,000 hingga RM35,000, bergantung kepada saiz.


Kredit - hmetro



-----------------------------------------------------------------
loading...

Post a Comment

Previous Post Next Post