Anggota Polis Maut Kejar Penjenayah. Kereta Suspek Sudah Ditemui Polis

Anggota Polis Maut Kejar Penjenayah. Kereta Suspek Sudah Ditemui Polis

Polis Johor sudah menjumpai kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki yang melarikan diri daripada ditahan polis sehingga menyebabkan seorang anggota polis maut dan pemandu kereta peronda MPV Polis parah dalam kejadian di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau di sini awal pagi tadi.

Anggota Polis Maut Kejar Penjenayah. Kereta Suspek Sudah Ditemui Polis



Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kereta Perodua Myvi berwarna ungu dipercayai digunakan suspek ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Pandan di sini kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian.

ARTIKEL MENARIK:Penunggang Motosikal Berdepan Detik Cemas Dikejar 3 Gajah Sampai Rumah


“Kenderaan telah dikenal pasti, kita jumpa tujuh kilometer dari tempat kejadian, kita dalam usaha mengesan suspek.

“Difahamkan kereta ini disewa atas sewa oleh seorang wanita, kita akan kenal pasti dalam masa terdekat suspek yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat di Balai Polis Bandar Dato’ Onn di sini sebentar tadi.

Ayob Khan berkata, pasukan forensik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melakukan analisa ke atas kereta terbabit selain polis turut menemui beberapa peralatan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah sehingga menyebabkan mereka melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN : Seorang Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Penjenayah.



Loading...
loading...


“Kita percaya suspek masih berada di negeri ini dan bersembunyi. Dia nak lari ke mana kita akan dapat kesan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, maut selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas dengan menaiki kereta peronda MPV Polis mengejar kereta suspek sebelum bergesel dan terbalik sebelum dilanggar Perodua Aruz.

Kemalangan itu turut menyebabkan, pemandu MPV Polis, Lans Koperal Mohd. Khairul Musa, 32, cedera parah.

Sumber : Kosmo


Kredit - khalifahmedianetworks

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post