Seorang lelaki maut ketika cuba mengelak kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 10.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.16 pagi, B. Vieswwa Ganesh, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
ARTIKEL MENARIK:Anggota Polis Maut Kejar Penjenayah. Kereta Suspek Sudah Ditemui Polis
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang memandu kereta jenis Ford Focus dalam perjalanan ke Klang.
Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Toyota Camry dipandu lelaki berusia 33 tahun melanggar belakang lori dipandu lelaki 32 tahun dan berhenti di tengah jalan.
“Mangsa yang berada di belakang cuba mengelak namun hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
“Akibatnya, Vieswwa Ganesh meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jelas Baharudin, dua lagi pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber : KosmoKredit - khalifahmedianetworks.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment