Penunggang Motosikal Berdepan Detik Cemas Dikejar 3 Gajah Sampai Rumah

Penunggang Motosikal Berdepan Detik Cemas Dikejar 3 Gajah Sampai Rumah

Pattaya, Thailand – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila dikejar tiga ekor gajah liar ketika terserempak dengan haiwan itu di wilayah Chon Buri, Thailand baru-baru ini.

Penunggang Motosikal Berdepan Detik Cemas Dikejar 3 Gajah Sampai Rumah



Penunggang motosikal itu terpaksa mencari perlindu­ngan di sebuah rumah keluarganya di kawasan berdekatan apabila gajah-gajah itu tidak berhenti mengejarnya, lapor portal The Thaiger.

ARTIKEL MENARIK:Seorang Anggota Polis Maut Dalam Kemalangan Ketika Mengejar Penjenayah.


Dia bernasib baik kerana haiwan itu hanya merosakkan hadapan rumah tempat penunggang itu bersembunyi tetapi tidak menceroboh masuk.

Kejadian itu dirakam oleh seorang penduduk yang me­nunjukkan gajah itu merayau-rayau di ruang luar rumah dan merobohkan ampaian baju.

Pemilik rumah termasuk seorang wanita hamil dan seorang kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penduduk tempatan ­menghubungi pihak berkuasa, manakala sekitar pukul 10 malam pada hari kejadian, 10 anggota jabatan perhutanan tiba dan berjaya memujuk tiga ekor gajah itu kembali ke dalam hutan.



Loading...
loading...


Isu gajah liar berkeliaran di kawasan kampung bukan perkara baharu dan penduduk sekitar sudah memohon bantuan pihak berkuasa untuk memindahkan haiwan itu jauh ke dalam hutan.

Sumber : Kosmo 


Kredit - 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post